Dia Si Cantik

kami duduk berdepan.
bertentang mata. berbincang.
tutur katanya lancar. penuh pengisian. penuh pengertian.
nyata berbeza tutur kata seorang yang berilmu dan berpelajaran.
dibanding dengan kata-kata yang hanya berpaksi alasan dan dendam.
dia cantik. menarik. dan cerdik.
dia baik. mewah. dan sukses.
saya meluahkan. dia tajam mendengar.
dia berkongsi. saya kagum, terdiam.
di pertengahan jalan dia berkata ‘i always believe in karma’
di penghujung perbincangan beliau akhirkan ‘u kena lah belajar bersabar’
Tuhan. terima kasih.
saya perlu berhati-hati! kerana.
nasib mungkin tidak menyebelahi saya kali ini!

8 thoughts on “Dia Si Cantik

Comments are closed.