Berinteraksi Dengan Al-Quran

baru-baru ni ustaz don datang bagi ceramah kat office saya ni tau.
harus lah teruja nak dengar kan.
datang seawal minit pertama so dapat duduk depan.

: : nampak tak saya? : :

: : ni dekat sikit ni ha. nampak kan kan kan?
bertuah u. dapat duduk sejengkal je dari ustaz don.
hensem oh ia di hari kejadian. takde jubah serban bagai, tapi pakai kot, kemeja pink lagi.
tajuk ceramah ialah berinteraksi dengan Al-Quran.
tak cukup rasanya sejam. tu pun terlajak lebih 15 minit camtu.
hari tu saya ada buat catatan isi ceramah ni, tapi tulis pun kat kertas je, tah mana saya campak gamak eh cari tak jumpa jumpa.
tapi isi kandungan ceramah nya semua pun berkisarkan dari petikan ayat-ayat Al-Quran.
ye lah kita kadang kadang baca Al-Quran baca macam tu je, tak baca pun tafsiran.
so bila ada majlis ilmu macam ni, yang bagitau maksud ayat-ayat dalam Al-Quran rasa kerdilnya diri. banyak nya benda yang saya tak tahu.
satu benda yang saya ingat sampai hari ni dalam ceramah ni bila ustaz don bercerita yang beliau pernah dituduh dalam sebuah paper.
tajuk artikel ‘ustaz don mungkir janji’
kebetulan dia ada pegi bagi ceramah somewhere (saya tak ingat kat mana), pastu kawan-kawan dia cakap ‘haaa tu rumah orang yang tulis artikel tu, kalau hang nak kami pi belasah dia’
terus ustaz don cakap ‘laaa nak buat apa. la ni orang nampak kita baik, kita kekal lah baik, buat apa nak bagi orang nampak kita jahat’
macam tu la lebih kurang ayat dia.
terus cam tersentap di dalam hati nurani ku ini.
betul la kan kata ustaz don tu.
orang buat jahat kat kita, biaq pi kat depa lah. biaq depa jadi jahat.
kita ni nak jadi jahat macam depa gak buat apa no??
kita jadi lah baik dengan tidak membalas. ye dok?
ye! chaiyokk..
Kelebihan menghadiri majlis ilmu :
lebih baik daripada….
menunaikan solat sunat 1000 raka’at
menziarahi 1000 orang pesakit
menghantar 1000 jenazah keperkuburan
menyedekahkan 1000 dinar ke jalan Allah

12 thoughts on “Berinteraksi Dengan Al-Quran

  1. bestnya dpt dgr ceramah ustaz don
    dah serupa celebrity dah dia
    semua org dok kerumun

Comments are closed.