Andaian, Kesimpulan, Hukuman

saya seorang manusia yang selalu bersangka baik dengan orang lain.
selalu. bukan setiap masa.
saya berusaha untuk menjadi positif dengan mengenepikan prasangka buruk supaya hati saya tidak merasa ragu untuk mengiakan apa yang dihantar dari otak ke hati. dan dari hati ke otak.
bertudung labuh. berstokin. ahli jawatankuasa surau.
saya kagum. saya pandang tinggi. dan saya berharap semoga satu hari nurani saya ini perlahan-lahan akan menghampiri daerah itu.
tapi.
bila tudung semakin singkat.
kuku di kaki berinai henna.
bangga bercerita bersuka ria di ‘majlis menandatangani autograf bersama artis’
nah, informasi kembali dihantar dan diambil dari hati ke otak.
dari otak ke hati.
adakah saya yang silap perbandingan?
atau insan-insan itu yang salah dalam membuat percaturan?
berdosakah saya jika turun satu darjat penghormatan?
dari saya kepada mereka.
dari anda kepada saya.
tidak. saya bukan membuat andaian.
atau menjatuhkan hukuman.
apa lagi membuat kesimpulan.
saya. cuma. kebingungan.

4 thoughts on “Andaian, Kesimpulan, Hukuman

  1. Manusia itu ujiannya berulang. Anggap saja ‘orang itu’ sedang diuji. Doa moga dia berjaya harungi ujian dan berbaik sangka.

    Ada sesetengah situasi kita tak daya beri nasihat secara lisan. Doalah saja.

Comments are closed.