ok sambungan dari entry TEMPOH HARI.
sekarang saya nak share experience saya ke vientiane, laos.
perjalanan bermula pada 27 januari 2013, ahad.
flight pukul 7.35 pagi.
macam biasa call cab dari jasmine ke kl sentral.
cab tu boleh pulak sesat barat. sabar je lah mak encik.
sampai kat kl sentral pukul 5.15 pagi camtu tak silap.
lompat naik atas bas, dan selamat sampai kat lcct pukul 6.30 pagi camtu.
sebab dah check in so takde lah merisau sangat.
drop baggage, subuh. pastu tunggu je la.
ada la jugak 6,7 orang malaysia yang nak ke laos, bercuti jugak lah kan.
perjalanan dari KUL ke VTE ambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit macam tu lah.
masa dalam flight sempat la saya layan filem SAM saya amat mencintaimu tu.
tapi kejap je, lepas makan terus kroh kroh.

: : saya makan sphagetti : :
jangan lupa isi arrival card ni ha.
FA akan bagi percuma saja.
kalau depa tak bagi, hangpa mintak noo.
kalau depa takmo bagi, kao tumbuk muka dia bah.
alhamdulillah selamat mendarat di Wattay International Airport, Vientiane, Laos.
welcome to Vientiane!
Sabaidee!!!

: : semata mata sebab nak ambik tulisan airport tu. dasar : :
settle urusan imigresen segala, nampak money changer ni terus menonong untuk tukar duit.
oh yer, sukacita saya nak bagitau ni, kat KL takde ya urusan pertukaran ke KIP.
makna kalau korang nak ke laos, dari KL korang kena tukar RM ke USD.
sampai kat laos, cari money changer dan tukar ke KIP.
simpan sikit USD untuk kegunaan.
sebab kat sini depa lebih suka USD dari KIP.
tapi bab bab makan memang better KIP lah sebab kalau korang USD, depa akan pulangkan duit KIP. so agak merugi di situ.
dan lagi paling kecik USD1 kan. lebih kurang RM3.
kalau barang korang beli tu sebenarnya RM1 je, so rugilah kalau bayar USD.
ada faham anak-anak?
haaa dan lagi kalau lepas tu ada balance duit KIP, sila lah tukar ke USD sebelum korang balik ke KL.
sebab walaupun kau bawak balik KIP sama dengan RM1000 pun, kat KL tak laku.
so simpanlah KIP tu sampai korang pegi laos lagi sekali.
ok enough with pertukaran duit.
seterusnya.















cepat222… x sabar nak explore dah nih… next entry pls….
pukul 12 tgh hari nanti yer uolls
seronoknya akak ye dpt jalan2 negara org..x sbar nk baca nx entri..
alhamdulillah rezeki
seronoknya…psst…souvenir Mya bagi tu dah sampai..thanks dear..
my pleasure along. hope u like it
:ini paling penting: tu ape kak mya?
tu currency converter sayang..
kalau takde tu, menggagau nanti nk convert..
wahh. dah sampai loas.. syioknyaa