Wedding & Akikah


: : milik siapakah baby ini? : :
wedding artis yang saya cakap tu ialah wedding fay.
kira artis la tu. artis bintang rtm yang tersingkir sebelum sempat masuk final he he.
artis B** jugak la kiranya.
aha kekasih suara saya tu dah selamat bernikah 2 februari 2013 dan majlis resepsi sebelah lelaki berlangsung hari sabtu lepas.
so saya bersama suami pun pergilah ke selayang sana lepas maghrib camtu.
yer majlisnya adalah di malam hari.
sampai terus makan, pastu atie sampai lalu duduk semeja.
sementara atie dan fadlee makan saya pun culik lah baby ini.
suri marissa nama diberi. behave je ia.
shida pun ada. mestilah ada kan. ali & encik z bestfriend fay kot.
sama sama masuk B** dulu. sama sama di zaman kegemilangan bujang dulu.
gemilang ke? #TDDMKALT
shida pregnant tu pasal pose pose pun pegang perut.
tahniah mek. doakan aku jugak yer..

: : pengantin : :

: : ambik gambar full la baru nampak baju pengantin 🙂 : :

: : heyyyy apa ni peluk2? cik GAYah sangat okkk : :

: : baru lepas bersalin 3 bulan, dah slim macam anak dara. ini tidak adil tidak adil tidak adillll : :
macam mana gambar janet boleh ada ada kamera saya ni?
janet sila jawab!
fay & shoreehan, selamat pengantin baru ya..
semoga kekal hingga ke syurga.
ingat dulu fay penah pesan kat saya supaya juga rumahtangga elok elok supaya bila dah tua nanti, dia boleh tengok pasangan saya tetap encik z.
insyaAllah fay. awak doakan saya, saya doakan awak. sama-samalah kita yer.. 🙂
keesokan hari. pergi majlis cukur jambul dan akikah anak derna & syah kat rawang sana.
derna tanya eh senang cari rumah?
saya cakap taktau la z tu confident je jalannya tup tup dah sampai.
hebat suami ku he he.
masa saya sampai tu tengah marhaban so saya pun masuk dalam join.
lepas tu baru makan. ada lauk tempoyak ikan bilis dengan petai tu aaaaa setappppnya.
nak tambah tapi segan lah pulak heee.
lepas makan masuk dalam rumah jumpa baby inara.

: : eh ni bukan inara. ni marissa kakak kepada inara : :

: : haaa ni baru inara : :

: : ini mama inara : :

: : ini ayah dan mama inara : :
tq derna & syah sebab invite saya & encik z.
inara, acik doakan awak membesar sihat, jadi anak yang solehah ya sayang 🙂

: : encik z & encik s : :
balik dari majlis tu, encik z ajak jalan jalan ke tropicana city mall.
kami berdua tak pernah gi sini. so pegi.
lengang je, sebab CNY kot la kan, semua pun cuti.
dapatlah membawa hasil sepasang kasut kerja bercap bata ini.
dan hadiah untuk ernie.
mengopi kejap kat old town rampai biz park.
saya try minum red bean frezzy ke apa namanya.
tengok kat blog ceera dia kata sedap, so try.
ok la sedap, tapi cendol sagu gula melaka masih tetap di hati 😉

: : tiba-tiba : :
 

11 thoughts on “Wedding & Akikah

Comments are closed.