That Dum Stupa & Morning Market

morning vientiane!
sabaidee!
sabaidee tu maksudnya selamat sejahtera yer kawan-kawan.
ia bukanlah sejenis umpatan mahupun carutan.
so kalau pergi laos, korang sabaidee je sepanjang masa, takde orang marah.
pagi ni plan nak bergambar kat that dum stupa.
pastu mau ke morning market.
lets go bebeh.
yer saya tau saya kelihatan gemuk dengan memakai seluar hitam ini.
tapi saya ok je, tak kisah pun.
dah memang gemuk, nak memekak mekak pun bukannya boleh kurus kan.
lagipun saya ni bertudung, takkan nak pakai skinny jeans warna hijau oren kuning belang belang pulak.
no offense ya adik-adik.
saya bukan la turns against orang yang nak berskinny jeans bagai ni, tapi bila awak tu  bertudung, pakai skinny jeans, kurang sesuai kot.
tapi yer la masing masing dah besar panjang, dah boleh fikir kan. so suka hati la.
cuma cuma cuma.
bila awak nak bertudung, pastu awak berskinny jeans bagai, jangan la pulak lantang nak camlek orang yang bertudung labuh tutup dada dan berstokin.  pilihan kan di tangan masing-masing. asalkan tak menyakitkan dan menyusahkan orang lain sudah la.
cer kalau orang pulak camlek awok ‘eh pakai tudung tapi pakai skinny jeans?’, awok sentap tak?
kalau tak sentap, bagus la.
kalau sentap, haaaa see.
awok kritik orang boleh, bila orang kritik awok, awok sentap.
di mana kah keadilan adik?
lagi satu, suka hati adik la nak berfashionista dan perasan stylo bagai, takde sapa marah pun, tapi tak payah la sampai nak mengata dressing orang macam badut bagai.
not good la sayang.
akak tegur nie sebab akak sayang tau, bukan sebab kedengki.
peace.
inilah dia that dum stupa.
apakah pula itu that dum stupa?
That Dam adalah stupa besar yang terletak di Vientiane, ibu negara Laos.
Ramai yang percaya ia didiami oleh Naga berkepala tujuh yang cuba untuk melindungi penduduk Laos daripada pencerobohan oleh tentera Siam pada tahun 1827.
basically takde apa pun.
macam peninggalan sejarah gitu lah.
so pegi untuk bergambar buat syarat dah tengok sendiri depan mata that dum stupa ini.
chateau du laos ni berdepan dengan that dum stupa.
adalah tempat menjual segala macam mak nenek wine.
saya tengok dari cermin tu je ha pun.
kemudian kami menapak ke morning market.
sebelum berjumpa morning market, berjumpa dengan talat sao mall ini dulu.
tapi sebab dah aim nak ke morning market dulu, so talat sao mall sila tunggu ya.

: : talat sao mall dan morning market terletak di avenue lang xang : :
tapi sebenarnya nama je morning market.
bukannya bukak belah pagi je. belah petang pun bukak jugak.
so korang kalau nak pegi tak semesti kena pegi pagi tau.
petang petang pun sokayy.
morning market ni kiranya bazaarlah.
ada seksyen jual baju, jual barang elektrik, kasut, kain dan lain lain.
boleh tahan besar gak.
saya cuma beli tshirt je 5 helai.

: : amboiii kemain muncung tak puas hati sebab tak jumpa yang kenan di hati : :
dah cuci cuci mata di morning market, teruskan menapak ke destinasi seterusnya.
dalam perjalanan jumpa entreprise des postes lao.
korang boleh agak tak tempat apa ni?
yer bijak bijak. ini adalah pejabat pos yer anak-anak.
ejaan ceni saya rasa dipengaruhi dari france la kot kan?
belakang saya tu presidential palace tau.
tapi tak boleh masuk sebab president masih bermaustatin di sana.
tak macam presidential palace kat ho chi minh, boleh dilawati.
intan! mek rindu kat kau!! #tetiba

: : belakang tu vat sisaket. sat g saya sambung cerita naaa : :

18 thoughts on “That Dum Stupa & Morning Market

  1. Aku gelak terbahak-bahak membaca ini.

    Kesian… gigih pergi membeli skinny jeans dan up di blog. Kena bagitau semorang dia ada skinny jeans. Tak pa kak, bagi can la dia nak berfashionista kat kota fesyen sana. Sok lusa cerah masa depan dia fashionista kat kg balun tanah kelahiran. Inshaallah.

    • ya lah, dah dia yang paling best, paling up to date, paling bergaya, paling berfashionista… biaq pi kat dia lah asalkan dia bahagia na..
      tapi tu la, toksah la nak camlek org macam ka org tu bwh tapak kaki dia ja..
      dunia ni bulat. tak selamanya skinny jeans berada di arena fesyen #eh

  2. pastukan pastukan…nnt kau akan menerima panggilan dari jauuuhhh sopiah.
    jejaga…jangan hidup anda diselimuti mistewiiii…iuuewww 😛

  3. ERNIE : pakai baju kurung pun dikata colour block? derrr???

    AIN : apa? zizie izzette? hello.. tang telinga pun belum tentu sama k. so pls?
    kisah ke pun kau nak pakai ring ring card ke.. ting ting card ke.. tong tong card ke..
    so pls pls pls pls..

    KAKTIN : aah eh.. orang la kata.. dia tak kata. rasa nak ruam satu badan bila teringat panggilan jawoh itu. kalau ada lagi pandangan sebegitu, aku pegi lisbon patah2kan ring ring card tu. eh motip lisbon?

    lagi satu puan ain & kaktin, ada pulak tu sekor lalat yang terbang ke sana ke mari dengan menggunakan id fake blogger, komen beliau mesti diakhiri dengan kah kah kah kah. kesian aku tengok dia gelakkan diri sendiri

    :-[

    • Nak guna fake id pun agak2 la jgn bagi orang buleh tau. Muahaha. Nampak sangat betapa terasanya fake id tu dengan komen-komen kita ini. Bodoh piang.

      Telinga zizie izzete? Lebih kepada pungkoq zizie izzete sapu bedak 4 inci. Klise la nak kata orang gemuk. Konfiden waklu. Aku cc gak hal kerja buat dia kat boss dia dengan wisma putra baru tau. Dah kemas sgt guna fake id watpa oi! Delete watpa entry pasai aku? Kecuak kaaaaaa?

  4. ada yang delete entry, ada yang tukar tajuk.
    ada yang yang yang yang ok abaikan.
    ok bye nak tdoq!
    assalammualaikum 🙂

Comments are closed.