Terima Kasih Daun Keladi

tuala kecil berbentuk cupcake bak kata kaktin.
ernie yang bagi ni.
saya tahu kenapa dia bagi ni.
sebabnya everytime keluar dengan dia, saya mesti akan bawak keluar towel yang sederhana besar nak lap mulut ke tangan ke, pastu ernie akan cakap besarnya towel kau!
heyyy.. awass ernie!
tidak lah sebesar towel kita mandi tu, tapi besar jugak la.
encik z pun kadang-kadang tegur gak he he he.
tak puas kot kalau pakai towel kecik.
tq ernie for the present.
2 helai towel kecik ni dah pernah jejakkan badan kat laos 😀
ulam tenggek burung.
kak zi yang bagi lepas dia tengok status saya kat facebook pasal migraine.
dia kata dia amalkan ulam tenggek burung ni, migraine dia berkurangan lalu menghilangkan diri.
so dia belikan untuk saya suruh try.
rasa agak pahit pahit gak.
tapi saya ni kan jenis telan je apa pun.
so makan je lah dengan nasi panas dan sambal belacan.
tq kakzi!
ni pulak pisang salai dari jakarta.
cikta bagi. beliau sudah berkepergian ke jakarta sana.
tu pun saya sms last minute nak kirim.
sempat dia baca sebelum dia tukar sim card katanya.
saya nak bayar pisang salai ni kat ia.
tapi katanya tak yah, dia bagi je.
tq cik ta!
oleh sebab sebungkus banyak maka nya saya share share dengan officemate.
pastu bagi pada kaktin jua.
saya letak dalam tupperware pink putih ni.
tupperware ni kak wan bagi hadiah birthday.
suka angat angat!
kaktin pulangkan tupperware ni dengan dadih jagung yang marveles hasil air tangan beliau.
tq kaktin!
dapat birthday present dari kaktin & payiet.
3 helai anak tudung arzu dan 2 helai shawl.
saya suka shawl ni sebab panjang.
molek benar mengcover apa apa yang patut.
semalam terus pakai! heeee..
tq korang!
kalau ada sesiapa nak bagi saya apa-apa lagi, amatlah dialu-alukan *buat muka comel mata terkedip kedip

16 thoughts on “Terima Kasih Daun Keladi

  1. best nye dapat manyak hadiah =)
    kak mya, sedap ke pisang salai tu? kawan shera ade bagi tp tak makan2 lg smpai skrg. huhu

    • bagi akak sedap la, walaupun akak tak makan pisang tapi pisang salai ni laju plak akak ngap ngap.. makna sedap ler tu di tekak akak

Comments are closed.