Sudah Cukup Sudah!

last week ada hi tea.
hi tea sempena kejayaan pasukan kijang bergelar juara dalam sukan kat office saya ni ha.
oleh sebab saya dan kaktin ada bermain hoki dan menyumbangkan kemenangan, lalu kami pun dijemput sama la haa untuk attend hi tea ni.
rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, so kami zass je lah ke cafe sinun.
memula ingat dah amik port baik punya, tetengok heyyyy depan stage uolls.
terus kelam kabut ajak kaktin tukar port lain.
taktau 2, 3 menjak ni sifat penyegan tak tentu hala saya semakin berleluasa.
mungkin kah juga sebab ‘si dia’ ada di tempat kejadian?
oh… cuma Dia yang tahu.
tukar port kat depan makanan.
duduk sekali dengan ex officemate kaktin.
rancak haihhh gelak. cakap sikit gelak, cakap sikit gelak.
walaupun pangkat besau tapi dia dengan kaktin macam member member je.
siap kaktin tanya ‘sopi kau taknak jadi AA dia?’
kannnn…

: : saya minum ini : :

: : dan saya makan ini. sedap plisss. 2 kali bertambah. ikut hati nak tambah lagi tapi segannn : :

: : beef meet ball? bukan sepatutnya beef meat ball ke? *garu kepala : :

: : kaktin dan piala kemenangan kijang : :
kak mid, kapten pasukan hoki dah siap siap cakap.
untuk tahun ni akan dikekalkan player yang sama macam tahun lepas.
ah sudah!
saya dah taknak main hoki lagi laaa..
cukup la 3 tahun berturut turut kot saya main! ke 4 tahun?
semua pun dipaksarela. walhal saya ni mana la reti nya nau main hoki ni.
semput semput berlari tengah padang.
so dalam hati saya dah sematkan no no no.
lalu bagitau encik z. sudah cukup sudah saya dengan hoki ni. takmo main dah.
encik z bersuara ‘ala awak tu cakap je taknak. tengok tengok dah muncul tengah padang training’
haah eh bertahun tahun lepas pun saya cakap gitu gak. taknak taknak taknak.
tapi bila orang call mintak turun training, muka saya jugak la tercongok kat padang tu ha.
ntah lah, saya ni macam jenis cepat kesian dengan orang, macam tak sampai hati nak tolak permintaan orang.
baik nau kau normaya?
kau yakin kau sebaik itu?
errrr….

19 thoughts on “Sudah Cukup Sudah!

  1. kita kena yakin….. nak try bace yassin secara konsisten….. utk elakkan hasad dengki nih…. bukan sebab nak bukak aib org eh…. #EH adakah aku terkuar tajuk?
    anyway tahniah… 🙂 (Y)

    • yer kau memang terkeluar tajuk.
      pegi hayati dulu maksud yassin tu.
      tak guna baca selama sebulan secara konsisten tapi masih ke laut.
      okbai

      • betul gk tuh… aku nak kena faham maksud suroh yassin tuh…. hurm…. nak mencari dan memahami terjemahannya…. lau aku x paham pun…. x guna jugak…. sekian… (*)

        • kalau kau dah boleh baca yassin selama konsisten secara sebulan maksudnya hati kau dah bersih.
          tapi kalau masih lagi dikuasai perasaan nafsu haloba kau kena audit balik diri kau, hati kau.
          masih ada lagi titik titik hitam yang tertinggal

Comments are closed.