Statue, Lunch dan Ronda Ronda

seterusnya dari hor phra keo tadi, kitorang menapak pepelan menuju ke arah sungai mekong.
bukanlah untuk berakit rakit ke hulu berenang renang ke tepian, tapi untuk ke Chao Anouvong Statue yang letaknya di pinggir sungai mekong sana.
saya tak ingat la berapa jauh jalan tapi ada lah dalam 20 minit macam tu.
sokayy kot sebab cuaca nyaman redup je.
semalam hujan kan? hari ni alhamdulillah tak hujan, dan tak panas juga.

: : jauh saya tinggalkan encik z : :
apakah pula Chao Anouvong Statue?
Chao Anouvong adalah raja terakhir United Lao Vientiane. Semasa era beliau, beliau telah bergelut untuk melawan pencerobohan Siam Vientiane. Pada akhirnya, beliau gagal dan telah ditangkap. Kerana percubaan berterusan untuk mengalahkan tentera Siam, Chao Anouvong dianggap seorang wira berani yang berjuang untuk Vientiane sehingga kematiannya.
Statue ni telah dibina pada tahun 2010 semasa ulang tahun 450 Vientiane untuk memperingati sumbangan murni Raja ke Vientiane semasa pemerintahannya.
Begitulah kekiranya.

: : mari kita bersalam-salaman tanda kemaafan kataku : :

: : pelik nau muka saya? : :

: : nun di kejauhan itulah sungai mekong : :
kat sini ada banyak jugak photographer yang boleh snapkan gambar korang.
tapi of coz la berbayar kan.
encik z tanya dia direction nak ke fa ngum road, sekejapan orang lain kerumun.
cam apakah?
korang takyah la tengok sangat saya tu.
tengok keadaan sekeliling la yer.
vientiane yang aman damai.
kami menapak ke fa ngum road sebab nak lunch.
saya memang dah buat kajian, salah satu restoran halal kat sini ialah fathima restaurant.

: : nak makan apa ini? : :

: : nescafe o ais & jus nanas. jus nanas tu sedap! : :

: : nasi goreng udang dan nasi goreng kambing. total makan 57ribu KIP. rasa? so so : :
dah kenyang makan, kami pun jalan kaki ronda ronda kawasan keliling.
ni adalah namphu fountain. siang siang macam mati je, tapi bila malam meriah.
ada tv skrin besar, ada live band, kira macam tempat lepak tourists dan orang ada-ada begitulah.

: : bank of the lao p.d.r. kira macam central bank of malaysia jugak la khenn : :
tak silap saya ada 2 masjid kat vientiane ni.
salah satunya masjid jamia ni.
memang ingat nak pergi masuk melawat kawasan, tapi half way, tengok banyak nau anjing berkeliaran. me so scary.
makanya terpaksalah berlalu pergi.
pastu singgah pejabat pos sebab nak pos kan poskad yang saya beli.
sebab dah ada setem semua, so tulis tulis je pastu pos.
saya pos satu untuk diri sendiri, satu untuk yaya. me so so happy!
poskad dan setem 27ribu KIP.
poskad ni selamat tiba di kl dan taiping seminggu lepas saya pos 🙂

4 thoughts on “Statue, Lunch dan Ronda Ronda

    • biarlah nampak gemuk di pandangan manusia, asalkan nampak indah di pandangan Allah SWT.
      jangan dambakan pujian manusia, kerana itu semua tidak kekal abadi.

      amacam, ada gaya muslimah kertu yang tersepit dak?
      (H)

Comments are closed.