Pha That Luang

lupa nak cerita, sebelum turun dari tuk tuk tu, kitorang kawtim dengan pemandu tuk tuk tu.
yer memandangkan cuaca tak berapa molek dan kitorang taknak stuck di mana-mana, maka terus chartered tuk tuk tu dengan bayaran tambahan sebanyak 150ribu KIP lagi.
ok la agak pricey tapi saya pun malas nak fikir banyak.
zasss je lah. rezeki dia la kan.
dari COPE Visitor Centre, kitorang ke Pha That Luang.
apakah itu Pha That Luang?
Pha That Luang merupakan ‘Great Stupa’ iaitu stupa emas yang dilindungi Buddha terletaknya di pusat Vientiane, Laos.
senang cerita kira Pha That Luang ni adalah monumen kebangsaan paling penting di Laos, simbol kedua-dua agama Buddha dan kedaulatan Laos.
tak faham jugak kalu, pandai pandai la google yer.

:  : ni belah belakang : :

: : amboi dah macam baca ikrar dengan muka serius nya : :

: : pakaian kemain muslimah tapi terlompat lompat. tak sesuai normaya, tak sesuweyyyy : :

: : gedik lagi? apa nak jadi ish ish : :

: : dah la tergedik, mengendap lah pula. insaflah wahai manusiaaaa…  : :
saya tak tau boleh masuk ke tak sebenarnya dalam tu, tu pasal mengendap dulu.
pastu bila tengok kat dalam macam ketakutan.
terus ajak encik z lari jauh dari situ.
kawasan pha that luang ni luas.
dia macam taman la, pastu penuh dengan temple temple ni semua.
tulisan of coz sepatah haram tak faham, so kita jalan jalan sambil tengok tengok ukiran je lah yer.
beginilah nasib jalan berdua.
nak bergambar kalau tak camwhore, self timer je lah.
dah la saya lupa nak bawak tripod. silly me!
kesian dslr kena letak atas tong sampah.
sabar la dslr, dunia memang begini.
ni salah satu bangunan yang ada.
tinggi nak panjat tangganya.
bila naik masuk tengok ada lukisan lukisan dalam tu.
suasana gelap suram je.
snap gambar lepas tu terus cabut.
ada meremang sikit di situ hu hu hu..
hah cer tengok pemandangan bawah ni.
luas tak luasnya kawasan pha that luang ni.
memang pepelan kena ambik nafas berjalan.
ceyyy ceyy ceyy konon pose manja la lentuk gitu?
sebenarnya nak tiru macam patung buddha tu.
pakal tak boleh baring je kan.

: : self timer lagi : :
tak lama hujan pun turun rintik rintik cikebom cikebom.
seterusnya, ke patuxay park lah pula.

20 thoughts on “Pha That Luang

    • akak mmg suka tempat2 gini.
      tu la pelik akak ni, tak berapa nak suka shopping, gamak sebab duit pun tak berapa nak ada kot he he..

  1. wahh kak…macam tak caye akak update story laos awal… 😉

    sila teruskan menghupdate…kalo ok, sy plak mahu kesana

    p/s: rasanya mana akak pergi tahun berikut pasti kite plak..tp tanpa dirancang…cth:akak pergi cambodia last year, kt pergi tahun ni.tapi masa akak pergi tu kt dah rembat tiket AA 🙂 kebetulan x?hehe

  2. teknik meletak dslr di atas tong sampah pernah ku praktik dulu kala jua. saya merindui dslr saya ;-(

  3. bagusnya kak maya ni berjalan ke laos. buat travelog lak tu. senang esok2 kalo nk ke sana bleh aje refer. btw, haritu my fren nk pegi taiwan, so i asked her to refer 2 ur blog. berguna ok! teruskan usaha menghapdate. kita nk baca lagi dan lagi dan lagiiiii!

    p/s: suka palazzo tu. mana beli?? 😉

    • aah sapa2 nk pegi esok boleh je refer kat sini..
      vientiane kecik je, so mmg boleh explore jalan kaki 🙂

      palazzo tu akak beli borong.
      kalau mau macam kena order dulu la kat akak.
      RM55 harganya.
      selesa dan sesuai untuk muslimah macam kita2 ni 🙂

  4. tempat2 bsejarah mcm ni bawak abah jalan mesti best (H)
    lagi plak klu kak mya yg jadi tourist guide nye kann (Y)

    teruskan menghupdate kak!! (Y) (L)

Comments are closed.