Patuxay Park & Museum

elok sampai je kat patuxay park, hujan pun turun mencurah curah ke bumi.
nasib baik saya bawak payung.
eh encik z la pack kan payung tu dari KL.
sebab dah tengok ramalan kaji cuaca kan.
terima kasih payung!

: : map ambik kat hotel : :
apa itu patuxay park?
Patuxay atau Patuxai bermaksud Gate Kemenangan atau Gate of Triumph, yang dulunya juga dikenali sebagai Monument Anousavary atau Anosavari. Ia merupakan sebuah tugu perang di pusat Vientiane, Laos, yang telah dibina antara tahun 1957 dan 1968. Ia juga dikenali sebagai Patuxai Arch atau Arc de Triomphe kerana ia menyerupai Arc de Triomphe di Paris. Patuxai adalah khusus untuk orang-orang yang berjuang dalam memperjuangkan kemerdekaan dari Perancis.
pendek katanya lebih kepada taman besar di mana ada tugu peringatan perang yang diletakkan di tengah taman, begitulah.
nak naik ke menara kena beli tiket yer. 6ribu KIP untuk 2 orang.
letsss panjat tangga!
ingatkan tidak lah tinggi mana towernya tapi bapak penat hoihh!
dah la tangganya makin lama makin mencuram.
kalau kira kira macam kau naik 5 tingkat rumah flat begitulah.
dah la manusia ramai masa kat tangga kecik tu.

: : ada jual jual kat tengah tengah tingkat : :

: : ini tangga akhir menuju puncak : :

: : pandangan dari atas tower : :
tak berapa nak dapat menikmati pemandangan sebab hujan kan.
so snap gambar lebih kurang je lah.

: : tunggu giliran nak turun tangga : :
ok dah sampai bawah.
cantik tau ukiran arch ni. saya suka sangat.
gambar ni pun cantik. pandai suami saya snap tihihihi.
semua pun berkumpul bawah tu ha, mana tak bau bau achem semua ada.
saya jugak kebal bergambar tengah tengah hujan.
signboard patuxay park harus ada.
senang nak recall 10 tahun dari sekarang.
lepas tu kitorang menapak pepelan dari hujung ke hujung.
ke hujung sana sebab nak tengok gong perdamaian yang selalu saya tengok kat blog orang je.
aiyorkk kacau daun la minah ni.
yang hang pi tutup gong tu kenapa? cheq nak bergambaq lah.
terus saya melangkah masuk melangkaui pagar kecik tu.
haaa puas hati dapat peluk gong terus.
apakah gong perdamaian dunia?
gong perdamaian ni ada banyak jugak kat negara lain, kiranya sebagai tanda persahabatan dan perdamaian la.
yang ni diberi oleh kerajaan indonesia.
kira macam haaa aku bagi kau gong perdamaian ni makanya janganlah kita bergaduh gaduh. marilah berbaik baik. kataku berspekulasi.
so sesiapa nak berbaik dengan saya, meh bagi gong jugak.
kalau kita gaduh, saya hempuk gong ni atas kepala korang.
cewahhhh gurau kasau nampak. panggggg sekalik!
seterusnya…
kami ke national museum.
sekentut je dari hotel, tapi dah kata hujan kan.
naik tuk tuk jugak lah.
bayaran masuk 20ribu KIP untuk 2 orang.
dalam muzium ni tak boleh snap gambar, so takde lah.
macam biasalah nama pun muzium kan, so segala sejarah asal usul informasi tentang laos ada dalam ni.
encik z la gigih membaca.
saya masa ni rasa kaki macam nak tercabut.
barangkali penangan naik tangga kat patuxay park tadi kot.
letih gila kot!

: : muzium pun dah layak jadi muzium. uzur nau kekdahnya : :
dari muzium terus balik hotel.
babai babai kat pemandu tuk tuk tu.
encik z kata untunglah dia hari tu, dapat dekat RM70 kot.
takpelah, rezeki dia kan.
sampai hotel mandi segarkan badan, pastu makan bekalan tadi.
uishhh sedapnya rasa lapar lapar sejuk sejuk makan nasi, ikan masin dengan sambal ikan bilis.
lepas makan apa lagi, tidur lah!
P/S : kalau ada sesiapa yang berkenan dengan seluar palazo saya tu dan nak beli, boleh roger roger saya k. yer saya meniaga kecil kecilan huhuhuhuuuu… nanti ada masa saya up lah entry molek molek 😀

2 thoughts on “Patuxay Park & Museum

  1. bacab entri nih teringat kenangan ke LAO PDR back in 2005… masa tuh AA blom sampai vientienne, terpaksa buat kl-bkk- udon thani… 🙂

Comments are closed.