Nam Ngum Lake

muka pucat lesi macam mayat.
tapi, kisah ke pun.
nak mekap tebal 9 inci ke, muka togel tak letak apa ke, apa ada hal.
sendiri punya muka, sendiri jaga.
wifi kat hotel ni macam siput sedut.
kejap macam siput, kejap tersedut sedut.
waktu yang macam siput tu, gigih la masuk instaweather bagai.
29 darjah celcius? kau biar benar instaweather?
sejuk je kot ni.
ke sebab dia baca suhu dalam bilik? hmmm..
haaa kan saya dah cakap sejuk.
ni bila ambik gambar kat luar, terus 19 darjah celcius.
propa sangat suhu drop sepantas kilat kan.
apa-apa je lah.
cuaca pagi ini amatlah sejuk nyaman f & n sarsi.
tunggu transport yang akan membawa saya dan suami ke nam ngum lake.
janji pukul 8 pagi, pukul 9 pagi baru muncul.
hoiii APTB!
driver bernama mr noy.
perjalanan sejauh 80km lebih kurang 2 jam lamanya.
Nam Ngum Lake atau Tasik Nam Ngum ni panjangnya adalah 354 km dan merupakan salah satu anak sungai utama Sungai Mekong.
Mengalir dari wilayah Utara pergunungan Xiangkhoang dan mengalir ke selatan Vientiane lalu jointventure dengan Sungai Mekong di tengah bandar Vientiane.
Dekat Nam Ngum ni jugak letaknya empangan terbesar di Vientiane yang dibina dalam tahun 1970.  Terdapat juga empat kuasa hidro projek lain di bawah pembinaan Nam Ngum.
Kat sini pun ada resort so kalau korang nak bermalam kat sini pun iyalah bisa 🙂

: : sampai tertidur tidur kok tak sampai sampai : :
ok dah sampai.
tu plastik putih saya pegang tu bekalan kami suami isteri.
takde la bekalan apa sangat pun.
air mineral. buah epal. roti krim. roti gardenia + sambal ikan bilis.

: : jom naik bot : :
mula mula kitorang dibawak naik bot yang macam mewah jugak la.
tapi sekejapan disuruh pindah kat bot yang tak berapa nak mewah ni.
aterrr bayau pun yang paling murah, hadap je la kan.
janji tak karam sudah. tapi murah murah pun, tetap mahal kot bagi saya!

: : masuk masuk bot terus termenung. apakah? : :

: : kantoi tengah camwhore! : :

: : kain buruk kat belakang itu sungguh merengsakan ku : :
suka sangat 3 keping gambar saya dengan encik z ni.
suka suka suka 😀

: : pemandangan di tasik nam ngum : :

: : melayan perasaan dan menikmati keindahan tasik yang indah ini : :

: : ambik kau duduk atas kerusi tinggi lagi : :

: : lapau. lalu makan sebiji epal : :
untuk pakej ke nam ngum lake ni saya ambik dari Phanthanvong Tour.
bayaran adalah sebanyak 100USD + 150ribu KIP untuk 2 orang.
agak mahal la, tapi dah alang alang sampai vientiane, kasik zass je la kan..
bot pusing sekitar tasik lebih kurang 1 jam.

14 thoughts on “Nam Ngum Lake

  1. akk, nape mahal bona pakej ke nam ngum lake tu?
    terus bukak converter kann..ade yg spesel ke diorg sediakan?
    btw, tasik tu nampak tenang je..cite la sikit alkisah nye? hee 🙂

    • aah memang mahal bona bisa bona…
      sorang lebih kurang RM150 kann.. walhal pi tasik ja pun.
      tah la shera, akak zass ja malas pikio.

      takde alkisah pun tasik ni.
      empangan je la kottt 😀

      • aah mahal skit la..tapi takpe la sbb siap dpt wat video ala2 nona gittew kan (Y)
        oh empangan je ke? ok2..manyak ikan tak kat tasik tu? hehe

        • aha.. ko ado jadi pengacara nona kat tasik laos? he he..
          tak nampak la plak akak ikan2 berenangan. sbb sibuk layan perasaan 😀

Comments are closed.