Mall, Night Market & Dinner

seterusnya, ke salat tao mall.
oh, talat sao mall ni ada 2 bangunan tau.
satu bangunan lama, satu bangunan baru.
morning market tu di tengah tengah, di kepit oleh kedua bangunan ini.
siapa hebat cuba teka kenapa ada plet warna kuning, ada plet warna putih?
kebanyakan 3rd world country macam laos, myanmar, cambodia ni semua kan, kenderaan-kenderaan ni semua dibeli secara cash.
ada negara yang bagi hutang tapi tak banyak.
macam masa saya pergi cambodia dulu, memang motor, kereta semua dibeli cash.
kira kalau kau miskin buat cara miskin takyah nak berangan buat loan bagai beli kereta.
so yang pakai plet kuning ni beli motor secara cash manakala plet putih dibeli secara hutang.
cer korang bayangkan kalau kat malaysia buat ceni.
plet putih je la manjang semua kan.
so tak payah nak membongak sangat, sebab semua pun berhutang hewhewhew..
talat sao mall ni simple je, takde la meriah sangat, tapi boleh la untuk penduduk vientiane bersantai santai.
oh yer kat tingkat atas ada food court, ada halal/vegetarian food.
so korang kalau tersesat dalam ni dan tiba tiba melapar boleh la ke tingkat atas untuk makan yer.

: : jalan jalan cuci mata je, tak beli apa pun : :
keluar dari talat sao mall ni saya dengan encik z dok bincang nak buat apa besok.
kami ada 2 pilihan. pertama sewa motor dan pergi ke friendship bridge & army museum.
pilihan ke 2, cari tour agency dan pergi ke nam ngum lake.
cari punya cari tempat sewa motor, kebanyakan pun motor dah yilek, sudah kehabisan disewa.
so nampaknya kami ke pilihan ke 2 lah.
berpandukan map, kami pun mencari lah tour agency yang menawarkan harga pakej yang berpatutan.
so ke nam ngum lake lah kita besok ya..
balik hotel, rest, mandi apa semua, then keluar balik.
menapak ke night market yang letaknya berhampiran sungai mekong tadi.

: : namphu fountain waktu malam. cantik! : :
pasar malam ia ada tiap tiap malam.
tidak lah kecik dan tidak lah besar nau.
takde la penat sangat nak tawaf.
saya beli tshirt yaya & fridge magnet.
tension sebab banyak anjing yang comel bulu bulu tu.
memang la dia tak kacau dan tak gigit, tapi me still takut!
lepas tu pergi dinner kat satu lagi restoran halal yang terdapat kat vientiane ni iaitu Nazim Restaurant.
tapi kitorang makan lite lite je.
sebab? hmmm.. walaupun katanya halal, tapi depa tak serve daging lembu. so agak sesuatu di situ.
dan lagi, kat restoran fathima yang kitorang makan siang tadi depa tak serve wine beer semua.
tapi kat nazim ni they did.
so….. lu pikirlah sendiri.
saya ambik butter cheese nan dengan sup tomato.
sup tomato sedappppppppppp. me like like banyak kali.
encik z makan nan kosong. nescafe ais dan kopi.
usai makan balik hotel la kan. takkan nak pegi bersidai kat pub plak.
apa kes?
balik bilik membosan.
sebab takde tv! saya pun tak faham kenapa takde tv.
tapi takpe tu nanti saya cerita dalam entry hotel.

: : membosan lalu pakai pelekat pembuang whitehead dan blackhead : :
tidur ah!
P/S : kalau ada yang berminat dengan seluar palazzo hitam saya tu, boleh roger saya jugak k 🙂

6 thoughts on “Mall, Night Market & Dinner

Comments are closed.