Malam Terakhir di Vientiane

dari kilang garam nak balik ke vientiane ambik masa lagi satu jam setengah.
serius saya dah pening lalat loya nak muntah semua cukup.
aterr takat makan roti sekeping 2, epal sebijik, mana boleh tahan.
nak tidur tak lena pulak sebab kereta asyik la tergoleng goleng bila lalu jalan kampung.
suruh mr noy dropkan kitorang terus kat fathima restaurant.
lapau bebenau rasa di perut.
saya order sup tomato. tak berapa kaww la plak.
yang kat restoran nazim tu lagi sedap, tapi belasah je la kan.

: : makan dengan mee goreng : :

: : encik z makan nan dan tandoori. meriah sos! : :

: : mengambil tahu hal ehwal dunia cyber cewahh : :

: : menung apa tu bang? : :
dah kenyang perut baru lah bertenaga.
lalu menapak perlahan lahan pulang ke hotel.
balik bilik takde buat apa lepak lepak je la.
lepas maghrib keluar balik pegi night market.
saya teringat ringat wallet cantik yang dijual cuma dengan harga RM2.
serius cantik! tapi sorry saya beli sikit je sebab duit semua encik z pegang tsktsktsktsk.
kalau datang dengan kawan ni, mau 30 ketul saya sebat!
on the way balik hotel saya dengan encik z pegi urut.
wuuu best jugak laos massage ni.
dia guna siku kau urut saya punya bahu. serius sakit tapi sedapppppp.
sebab saya selalu sakit lenguh bahu, sekali dia tekan. berdecit bunyi.
encik z urut kaki. total 135ribu KIP. murah!
pukul 10 malam camtu tetiba saya terasa lapau lah pulak.
makanya jom masak maggie dan habiskan makanan yang ada.
ini je yang saya shopping.
oh plus 4 lagi fridge magnet saya beli kat airport.
saya bukan kaki shopping #inihakikat

20 thoughts on “Malam Terakhir di Vientiane

    • prada? apa tu?
      devil wears prada ai tau la.
      best cerita tu. dapat boss perempuan yang garang.
      gamak kalau andy tu buat hal kat dunia blog, pastu ada orang hantar report kat boss dia kan, apa gamak boss dia buat eh?
      ada kah dia akan dihantar pulang ke malaysia?
      motipp pulang ke malaysia? ngahahahaha..

      takat beli prada clearance stock, sale 70%, tak payah la nak membongak sangat.
      macam ler prada tu boleh bawak masuk kubur.

  1. kalau pergi oversea dgn husband wajib depa yg pegang duit belanja. kalau tak, habissss! muahahaha!

  2. baju doremon? hew hew 😉
    tapi dompet tu mmg cantik.
    kalau beli lebih wat letak kat blog jualan pon ok kak (Y)
    mesti en.suami setuju lalu hulur duit banyak2. hehehe

Comments are closed.