Makan Steamboat Yok..

11 february hari tu adalah birthday ernie zuraida yang ke 34 tahun.
ernie ajak makan-makan dan beliau telah memilih restoran steamboat antarabangsa di bandar baru bangi sana.
sekali lagi kehebatan encik z terserlah.
sap sap soii tengok dah sampai. takde sesat ke hapa.
hebak mu.
ernie yang dekat pun tak sampai lagi, saya dah sampai dulu.
sib baik dah reserve seat. kalau tak melopong lah.
full house kot!
eh tapi masa saya sampai tu tak ramai lagi orang.
sini konsepnya ala-ala seoul garden.
buffet. dewasa sorang RM25. makan la sampai lebam.
tapi pilihan makanan takde la semenarik seoul garden.
tapi sokayyy la untuk dibawa berbincang. eh dibawa makan.
yang penting tong gas bawah kaki ok.
sambil makan sambil mulut kumat kamit berzikir supaya tong ini dan tong tong lain tidak meletup pom pom pom.

: : kosong lagi kat belakang tu : :
saya ambik mushroom, sayur, daging lembu, kambing, ikan, udang.
yang instant tu saya tak ambik, cuit cuit dari depa punya je.
sos ada 3 jenis. rasa? hmmm.. so so..
mungkin tak berapa kena di tekak saya barangkali.
ada diberi butter tu. sila sapukan di atas daging daging yang nak digrill untuk menambahkan perisa. begitulah.

: : orang dah meramai : :

: : hah penuh daging kambing keliling tu! semua ernie yang makan. monster! : :

: : saya nampak membesar bagai johan dalam gambar ini : :

: : ini semua poyo : :

: : nur ain shah yang berpeluh peluh : :
kemain melaram ernie malam tu.
aterrr dah birthday ia. haruslah melaram untuk suami kann.
saya? macam biasa la simple simple saja.

: : hadiah saya untuk ernie he he he : :
makcik, selamat hari jadi yang ke 34 tahun.
semoga kau panjang umur, murah rezeki, happy-happy selalu, dan berusaha untuk menjadi isteri, ibu, anak, sahabat dan muslimah sejati.
bestfriend forever!!! (L)
This entry was posted in Birthday, Friends, Jalan-Jalan Cari Makan. Bookmark the permalink.

13 Responses to Makan Steamboat Yok..

  1. ernie says:

    tqvm & i love you! :) kiss & hug….

  2. Shera says:

    hepi bday to u..hepi bday to u :-)
    bday present yg same utk adik sy & adik ipar (Y)

  3. payiet82 says:

    hepi birthday kak erni angkat kain jemuran, tua sudah dikau kihkihkih (G)

  4. TiNiE says:

    hepi birthday ernie, sama birthday dengan ayah kaktini :)

  5. suriaamanda says:

    bahaya la tong gas kat bawah tu..biasa pakai gas yg tecik tu kan…by the way..happy birthday Ernie…

  6. jauhnye akak g mkn steamboat yer..