Hari Yang Bagus Untuk Mati. Matiklaaa Tajuk…

suka suka je direct translation a good day to die hard jadi hari yang bagus untuk mati kan.
tapi rasa betul la kot kan translate jadi camtu?
apa apa je la normaya.
ok hari isnin lepas saya keluar dengan masy.
macam biasa lah, saya kalau dengan dia je mesti dera dia datang kat kl ni ha.
tapi kali ni lebih kejam dari biasa.
instead of ke klcc, saya paksa dia datang kat wangsa walk mall.
miahahahahahhaha *gelak orang kejam
tapi saya suruh dia tunggu kat putra sri rampai la.
saya ambik dia dari situ lalu terus kami zasss ke wangsa walk.
oleh sebab kitorang sampai pukul 10.45 pagi harus parking semua pun kosong lagi.
terus ke tgv beli tiket movie.
itulah ia mau nonton a good day to die hard.
woh best bangat cerita ni ok.
dah namanya cerita die hard, kalau takde kereta hancur lebur tak sah la.
begitu juga dengan tembakan bertalu talu dan bom meletup pom pom pom di sana sini.
dan walaupun telah disepak terajang, besi masuk perut, jatuh dari tingkat lapanbelas, masih bernyawa ini john.
ah kali ni fokus lebih kepada anak beliau yang bernama jack.
mereka berpadu tenaga menentang musuh yang bernama yuri komarov.
eh memang best lah. sila korang tonton yer.
lepas nonton terus pi makan.
kami makan kat octopus sushi  bar.
nak ajak encik z memang takkan ah kan.
so kalau teringin makan sushi tempura bagai ni, saya memang kena ajak rakan sebaya je lah.

: : soft shell crab, salmon, chinese tea : :

: : kami sama sama sehati sejiwa ambik set salmon ini : :
masy nampak kurus dalam ini gambar.
tapi dia kata kurus tapi hitam.
adakah secara tak langsung dia nak mengata saya putih tapi gemuk?
hmpfffff hmpffffff….
sebelum balik beli chatime.
saya cuba perisa caramel latte, tapi rasanya lebih kepada nescafe tawar.
apalah nasib.
masy bagi hadiah coklat! yeyy yeyyy..
yang dalam tin tu dah selamat saya dengan encik z telan.
konon kata sebijik sehari, takde makna.
tak sampai setengah jam habis ngadap.
tq masy!

10 thoughts on “Hari Yang Bagus Untuk Mati. Matiklaaa Tajuk…

  1. sama-sama kak!

    putih tapi nampak gemuk? hahahaha! adeh. macam terpikir gak tp errrr.. eh org x ckp eh. (H)

    wah setengah jam dah abes, sedap la kot mende tu eh. bagus2.. cuak gak kot tak sedap cekelat itteww.. alhamdulillah.. arwah tu mmg baik coklatnye hohoho (Y)

Comments are closed.