Geng Suci Dalam Debu vs Geng Coach


: : beza antara kita : :
kitorang 3 beradik tiri ni tak penah medang sama nya pakai handphone.
walaupun begitu kami masih gembira #takdekenamengena
ni cerita beberapa minggu lepas.
tempat makan kat office kitorang ni akan ditutup sementara untuk renovation.
ala yang korang selalu nampak saya tweet kupang tu.
haaa kupang ni lah.
2 hari sebelum ditutup saya datang awal, breakfast dengan depa depa ni ha.
memula kejap je cong ceng cong ceng borak, pastu memasing buat hal sendiri.
mengadap gajet.
takde life betoi heh.
kaktin tengah mengadap ipad tu yer.
tapi ipad itu diletak atas meja.
bukan diletak di atas paha sesiapa.
#RBTL
kelas tak nama grup whatsapp kitorang.
geng suci dalam debu. gambar pelangi.
pastu borak pasal nak beli bekas plastik kat long wan.
mokcik pokcik sangat.
kita tinggalkan geng suci dalam debu.
kita ke geng coach pulak.
hari terakhir sebelum kupang tutup, kaktin ajak lunch nasi campur.
tapi tetiba plan bertukar, gi ikut wawa & roro makan kat tugu.
kaktin memang camtu, selalu plan bertukar last minute.
tapi i is okay. eh eh terplagiat plak ayat rye atau nama sebenarnya ain.

: : ayam kampung, ulam, siput sedut. meleleh air liur : :
kenapa dipanggil coach?
sebab semua pun bawak wristlet coach.
kelassss kau maria.
ok inilah entry terakhir saya di bulan februari 2013.
kita jumpa bulan depan! 🙂

22 thoughts on “Geng Suci Dalam Debu vs Geng Coach

  1. suka! suka! wristlet hitam sapa punyer.. sebijik mak punyer tapi boss yang bagi. mau kata nak beli sendiri… hmmm tak merasa ! hehehehe

Comments are closed.