COPE Visitor Centre

mengikut itinerary yang saya buat, tempat pertama yang nak ditujui adalah COPE Visitor Centre.
dan plan asalnya kitorang nak menapak je pelan-pelan ke sana.
jarak perjalanan adalah 1.6km.
tapi elok keluar dari hotel tengok cuaca mendung tanda-tanda nak hujan, so taknak ambik risiko, kami tahan je lah tuk tuk.
dia caj 30ribu KIP untuk ke COPE.
memang keputusan untuk naik tuk tuk adalah keputusan yang tepat sebab tak lama lepas tu hujan pun turun.
dan bila tengok uishh boleh tahan jauh jugak nak menapak ni he he.
apa itu COPE Visitor Centre?
COPE Visitor Centre ni tempat pusat pemulihan untuk mengingati dan membantu mangsa-mangsa yang terkena letupan bom yang dipanggil UXO.
juga sebagai perkhidmatan pemulihan untuk seluruh laos.
Bom UXO ni tertanam di bawah tanah tau dan tak dijangka akan meletup sebab dah lama.
Tapi tengok tengok ia meletup dan menyebabkan kehilangan nyawa & kecacatan kekal.
Makanya COPE Visitor Centre ni ditubuhkan untuk membantu mangsa-mangsa letupan bom UXO ini. begitulah serba sedikit mengikut pemahaman saya.
kalau nak tau lebih lanjut korang sila google k.
UXO stands for Unexploded.
terdapat lebih 80 juta UXO bomb yang tak meletup di laos selepas perang.
dengar je dah buat saya meremang ok.
bayangkan kita tengah happy happy bergelak ketawa tanpa menyedari sebenarnya bawah kaki kita ada bomb yang tunggu masa je nak meletup.
takutnya!!!
masuk masuk je nampak karma cafe.
terus teringatkan rye.
assalammualaikum adikku rye, apa habaq hang di sana?
*flying kiss dari kejauhan
dan ucapan selamat pengantin baru dariku untukmu.. ewah..

: : pintu masuk : :

: : jangan lupa baca ya : :
inilah dia UXO bomb itu.
tapi tidaklah ia berterbangan di udara seperti ini.
kalau berterbangan seperti ini, harus semua pun lari tak cukup tanah.
bomb ni tertanam di dalam tanah yer hadek hadek.
hah ni plak antara hasil keluaran dari COPE ini.
kaki palsu untuk mangsa-mangsa yang malang itu.
boleh nonton dokumentari jugak.
kelas kaki palsu atas tv. saya risau je ia semua jatuh meroboh.
tapi alhamdulillah tidak.
ni contoh satu kes.
sorang perempuan tengah memasak kat dalam rumah dia ni ha.
pastu UXO yang tertanam kat sebelah je rumah ni sudah meletup.
tapi lupa lak saya apa jadi kat perempuan tu, tapi rasanya tak mati.
cedera patah kaki camtu lah.

: : nampak tak saya pegang apa tu? yer tangan palsu! : :
ini salah sorang mangsa. dia takde tangan.
eh takde jari jemari. dan dia jugak separa buta.
dia dok scroll mouse kat laptop tu guna mulut dia ;-(
ni antara yang ada dalam tu.
bahan bacaan, kenderaan untuk orang cacat dan lain lain alat bantuan untuk mereka.
masuk dalam COPE Visitor Centre ni percuma saja, tapi korang boleh bantu dengan menyumbangkan derma seikhlas hati.
ataupun boleh menyumbang dengan membeli cenderamata di kedai cenderamata mereka.
ada tshirt, keychain dan macam-macam lagi.
kalau ke vientiane, jangan lupa ke COPE Visitor Centre ok?
untuk maklumat lanjut korang boleh keĀ  http://www.copelaos.org
This entry was posted in Laos. Bookmark the permalink.

14 Responses to COPE Visitor Centre

  1. kesiannya Kak yg pkai mouse guna mulut tu…

  2. Kahkah tenkiu stepsister. Asal karma ja teringat aku, nooo?

    biar karma asal bergaya. Kulit wajahmu ketara mulusnya sekarang. Tahniah sebab bertabah.

    • Mya says:

      maklumlah dah sana sini dok ckp psl karma.
      karma karma karma. derrr???

      mulus ke? mulus tak berapa nak mulus tapi mulus jugak laa.
      yer stepsister memang seorang yang bertabah.
      kalau tak bertabah mungkin telah lama pisau tertancap di dada.
      #eh?

      • Pisau tertancap di dada orang tidak mengapa. Jgn ditancap dada sendiri dengan pisau pula. lepas ni nak pi memana, in namaku sekali. Bila lagi kita nk pi berjalan berdua?

        • Mya says:

          of coz tertancap di dada orang.
          jangan sesekali di dada sendiri.

          ok lepas ni kita plan gi jenjalan berdua bertiga.
          kena cari tempat yang sesuai dengan jiwa muslimah stepsister ini

          • Ku serius ni kak. Duit hantaran kawenku kalah master holder anak dara. Almaklum pakej ambil 1 dapat 3 muahaha. Duit padi pun menjadi musim ni. Rezeki Allah syukur alhamdulillah. Kak hang decide saja nak pi mana terus roger saya tau.

  3. suriaamanda says:

    wah..banyak pelajaran yg Mya dapat eh..x pernah tau wujud pusat ni kat Laos..

  4. Mya says:

    rye, dah tak boleh nak reply. thread maksimum 4 kali ja haha..
    ruam plak rasa 1 badan bila dok sebut pasal master.
    kalau master holder, sila buat perangai semenggah sikit na, jangan dok tergedik macam budak baru nak ambik pmr.
    kak dah ada 1 tempat dlm kepala ni, tapi dlm malaysia saja la.
    takpa kita sambung kat email satg

  5. ernie says:

    tiber2 aku rase insaf tgk org OKU nih….bersyukur lah seadanya…. hurm…. ;-(