Ada Apa Dengan Bonus?

lagi 2 minggu nak gaji bulan februari dah, kau baru nak update pasal bonus normaya.
kau memang kelassss. kelasss sangat #TDDMKALT
bonus saya tahun ni ok ok la. nak kata banyak sampai 10 bulan nampak nau pentipunya.
nak kata takde langsung pun, tak baik menipu, dosa.
so kira sedang sedang saja lah gitu. alhamdulillah.
paling best sebab saya berjaya melunaskan beberapa hutang lapuk dan juga hutang kad kredit yang berhantu itu.
tapi masih la ada sekeping lagi kad yang tengah hogeh hogeh membayau ni.
tu la dulu swipe tak hengat dunia, sekarang rasa kan lah.
saya memang dah set dalam kepala nak beli barang barang rumah sikit dengan bonus tahun ni.
yer yer saya beli ipad mini dengan beg coach. usah dibahas yang itu deh!
ok yang pertama sekali saya beli 2 biji pan bertajuk tefal. harga RM89.90 dan RM25.
yang RM25 tu limited edition tau.
first time ni saya beli pan mahal tau. so sila kagum.
pastu memang dah bertekad jugak nak beli bekas air ni.
saya memang nekad minum air masak banyak banyak sekarang.
so kalau nak tuang dari botol kan cam kepayahan.
so ada bekas ni senang. beli jenama tupperware.
datang sekali dengan bekas tupperware yang bawah tu.
dan dapat free 2 biji tumbler juga.
harga tak ingat tapi murah la sebab guna harga ahli mama.
dan ehem ehem… ni yang paling besau la saya beli ni.
sofa dan almari buku. eh dan samsung smart tv led juga hewhewhew.
sofa tu memang kena beli sebab sofa sedia kala dah henyut henyut.
lama lama mau terperosok jatuh. tu sebab kena beli jugak jugak.
beli kat kedai perabot kat jalan genting klang tu je. harga RM990.
rak buku tu pun beli kat kedai sama gak, harga tak ingat. dalam RM600 camtu kot.
pun kena beli jugak jugak sebab nak letak album, majalah, buku semua.
tv tu yang sebenarnya encik z beli. saya ingat nak tong tong tapi dia kata takyah, so takyah la.
harga tak ingat jugak. sekian.
tapi nama pun smart tv kan, masa mula mula bila boleh baca blog dan tengok youtube kat tv tu terus saya ternganga nganga sebab terkagum kagum. kesian.

: : inilah tempat melepak dan membadak kami suami isteri. membadak tu kaktin yang cakap : :
selain barang rumah harus jugak nak beli barang untuk diri sendiri kan.
saya beli kasut crocs idaman hati ini. harga RM189.00
ada diskaun lucky draw RM18 sempena chinese new year. so dapatlah kurang.
selesa tau kasut crocs ni. memang molek dibawa jalan jauh.
saya jugak beli beg belakang carlo rino ini.
harga tak ingat. tapi ada diskaun kat aeon wangsa maju.
rasa tak sampai RM300 pun harganya.
banyak lagi benda nak beli sebenarnya tapi paham paham je lah.
kena tunggu bonus tahun ni plak la gamak eh, tu pun kalau ada la kan.
nak beli meja makan, karpet bulu bulu, nak tukar langsir, nak beli komputer…
and the list goes on! hu!

26 thoughts on “Ada Apa Dengan Bonus?

  1. manyak nye bonus akakkk..hew hew..
    Alhamdulillah (Y)
    suka tengok crocs tu..tp kaki sy gedik xleh pkai crocs ;-(

  2. bestnyaaaaaaaaaa…ada gak nampak bonus ke mana ye..ila ari tu..bonus banyak ke laut……tapi sib baik dalam kelaut kelaut tu….tahun pertama dapat reward diri sendiri…hehheheheh

  3. Bestnya…mcm2 boleh dpt dgn bonus kan!
    rumah maya semakin hari semakin cantikkkkkkkk… (Y)

  4. sofa (Y)
    crocs (Y)
    rak buku (Y) (Y)
    org suka rak buku bertutup cermin gitu. tak berabuk & nampak tersusun cantik je.
    tapi ntah bilanya Koko nak beli. pfffttttttttt…

    • lawa kan kan kan.. jatuh cinta pandang pertama gitu.
      memula tgk kat sogo, tak beli lagi..
      pastu jumpa kat AEON, ada diskaun terus beli 🙂

Comments are closed.