You Go Girls!

apa saya buat masa birthday saya semalam?
pagi pagi dah bangun sebab nak pegi dewan perdana felda.
rehearsal wedding haizad & dayah.
saya baru tau nama glamer dayah ialah hid.
so lepas ni tukar panggil hid la 😀
kenapa kena rehearsal bagai?
oh sebab yaya & caca jadi flowergirls, sebab itu lah.
so pegi. dekat je pun kan dewan perdana felda tu dengan rumah saya.

: : cak! : :
di harilahir saya yang indah itu saya pakai baju baru.
dress dari poplook.
saya ada beli belt kecik kat soxworld nak matching dengan dress tu tapi cari punya cari mana saya campak ntah. pffftt.
so gonjeng la dress tu takde belt. belasah kan aje.
pakai kasut baru crocs dan beg baru coach ehem ehem.
tudung je pakai tudung lama.
tak kisah janji saya rasa segar dan bersemangat di hari jadi!
sebab? sebab semua family ada bersama saya.
dan saya berkongsi kegembiraan dengan haizad & hid di majlis resepsi mereka. 🙂

: : dress yang akan dipakai. cantik sangat. disponsor oleh mak ayah pengantin : :

: : tengah test kasut : :
rehearsal bermula.
lelaki yang incharge tu garang gila kot.
takut saya tengok.
tengah tengah rehearsal sambil bercakap dia kata ‘Pay Attention!’
pastu baru dapat tau dia adalah bekas tentera sama macam uncle azhar.
ooooo patutlah.
dia dah terbiasa. so kita maafkanlah dia.
bak kata malique
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
lepas rehearsal isi perut kejap.
pastu tolong packing doorgift.
pukul 12 tengah hari camtu gerak balik sebab dah janji nak teman adil pegi midvalley.
dia nak tukar duit. rabu ni dia nak pegi seoul.
actually company trip officenya, tapi dia bawak je yana sekali.
boleh la sekalian babymoon.
eh saya tak bagitau eh yana dah pregnant?
aha adik ipar saya tu dah pregnant. masuk 4 bulan camtu lah.
alhamdulillah 🙂
bertambah meriah keluarga saya lepas ni.

10 thoughts on “You Go Girls!

    • sesapa nak booking yaya & caca jadi flowergirls, boleh berurusan dengan managernya ya. iaitu opah. he he..

  1. wahhh pegi seoul…annyongggg!
    sampaikan salam & ucapan tahniah org kat adil & yana tau kak..

Comments are closed.