pagi semalam saya tengok front page paper utusan malaysia tulis ‘Rita Rudaini & Lisdawati tamatkan permusuhan’
terus rasa cam alhamdulillah, syukurrr…
depa gaduh dulu tahun 2006 sampai tarik tarik rambut masuk kolam bagai.
apa punca tak tahu lah, tapi tak mengapalah benda pun dah lepas.
dah lama pun berlalu. nak ingat ingat balik buat apa kan.
terus saya pun tweet seperti dibawah.
dan di balas oleh lisdawati seperti di bawah.
betul lah apa dia kata tu kan, apa pun semuanya pinjaman Allah.
kita bersungguh beria bergaduh pun dapat apanya?
dapat kepuasan? kepuasan peribadi? lepas tu apa?
saya selalu fikir apa tau, kalau saya gaduh gaduh tengok tengok orang yang saya gaduh tu meninggal dunia esoknya.
saya tak sempat mintak maaf dengan dia, dia pun tak sempat nak mintak maaf dengan saya, ah caner?
nanti kat akhirat Allah SWT tanya, normaya mukhtar… si polan ini pernah mintak maaf dari kamu, tapi kenapa kamu tak maafkan?
atau pun normaya mukhtar, kamu buat kesalahan pada si polan ini, kenapa kamu tak pernah mintak maaf darinya?
hah masa tu kau nak jawab apa, boleh lagi ke nak buat entry kat blog maki hamun carut bagai?
tak boleh sayangku. masa itu sayang semuanya sudah terlambat.
so nasihat saya dari yang kerdil ini, sudah sudah la. cut it off la.
umur kita semua bukan makin muda, makin tua. (esok birthday saya ehemm ehmmm)
buat entry maki hamun carut, pastu jadi nasi tambah perapi komen mengomen kat blog orang, haihhhh tak malu keeeeee???
tak malu kat orang, malu la kat Allah SWT.
malam ni maharajalawak mega akhir.
saya sokong jambu. korang?
malam ni kita tweet tweet k ;-)
salam jumaat semua. jangan marah-marah. jangan ada benciĀ  :-)

    13 Thoughts on “Udah udah ler bergaduh tu. Malu kat orang nuuuuu….

    1. sokonggg.. jangan marah2, jangan benci2.. tak baekkk (H)

    2. purpledi on January 18, 2013 at 9:40 am said:

      bak tajuk lagu casey jgn ada benci..
      bila org tutup blog, barulah ko berani nak up entry bagai
      opps :-P

    3. jangan ada benci (Y)

      syukur setakat ni dalam hati aku xde plak rasa nak musuh or benci org
      so aku pn doa xde la org benci or memusuhi aku

    4. yessss terbaikkk….. kita semua dah tua… dah matang… (eh dah tua x semestinya matang eh?) so….. tak payah la nak up entry kat blog cerita cacat cela org….. bak tweet si payiet yg tersemat di hatiku…. “bile perkara buruk terjadi pd diri sendiri, sila muhasabah diri… bukan bahasakan org lain”….. (Y) thumbs up utk ko mya…. coz entry nih sgt meyakinkan aku…. yg pasti aku maafkan sumer org…. dan aku mintak maaf dgn sumer org….. sekian… komen aku paling panjang kot….

      • macam aku pernah tulis dulu, musibah yang menimpa sama ada kafarah dosa atau Allah sedang menguji kita.
        semoga kita mampu tersenyum dan mengucap Alhamdulillah di kala kita sedang diuji. tapi mampukah kita?
        InsyaAllah kita mampu jika kita sabar, ikhlas dan redha :)
        Allah kan ada :)

        • Insyaallah aku masih mampu tersenyum atas ketidakmatangan mereka…. masih blh bertabah…. sabar….. itu yg aku mohon dr Allah…. anggaplah mereka bergurau…. (F)

    5. kalau dah mencarut2 maki hamun bagai, ada sifat malu ker?
      haih. watevaaaa… (hati-hati ada yang memerhati) errkkk….

    Post Navigation