On My Birthday’s Eve

hari ni 18 januari.
bermakna esok 19 januari 2013 hari lahir saya yang ke 34 tahun.
tapi takpe, esok punya cerita kita update esok k?
cerita hari ni ialah satu hari suntuk saya makan gaji buta sebabnya pc kat office saya tu crashed!
ada beberapa orang officemate jugak la yang mengalami nasib sama.
tapi saya tak bersalah yer. i’m innocent kata orang putih.
memang ada masalah dengan sistem.
ingat kot kejap tapi sampai ke petang u.
saya isi masa boring tu dengan nonton filem tamil yang saya download kat youtube.
tajuknya vettai.
cerita pasal perhubungan adik beradik, gangster dan polis.
best ooooooooo. layan saya sorang sorang.
si khairy nampak saya terus cam hoi!! layan padaiyaipaa ke?
eh suka la. sibuk je. huh.
dalam pukul 10.30 pagi camtu encik z datang hantar mini cake yang mencomel ini.
saya memang dah order kelmarinnya, tapi saya lupa nak ambik semalam.
tu yang terpaksa ambik pagi ni. saya tempah kat pistachios bakery.
ada 72 ketul. cuma RM30.
tak lama lepas tu pulut kuning & rendang yang saya order kat husband amy plak sampai.
yurp memang tujuan saya nak belanja officemate sempena birthday saya esok.
kira macam dah tradisi gitu. wah tradisi kata kau.
dalam pukul 12.15 tengah hari pulak tiba tiba dapat call dari lobi kata ada orang nak deliver something untuk saya.
turunlah saya ke lobi dan tengok tengok dapat bear dan bantal love yang cute ini.
alolololotrolololo… encik z yang bagi.
sejak bila pulak dia pandai berteddy bear bagai ni. terharu normaya sobsobsobsob..
i am a happy wife and a happy women!
thank you mr husband!
oh, saya pakai tudung baru. soft awning size L yang sangat selesa.
saya beli kat SINI. 😉
sebelum balik dapat hadiah dari yar & kak noni.
oh me so terharu!

6 thoughts on “On My Birthday’s Eve

  1. muka bahagia sangat! happy belated bday kak mya 🙂 semoga sentiasa di bawah lindunganNya aminnn.

Comments are closed.