Moshi Moshi Minyak Dagu

hari tu pi lunch kat sake sushi the curve dengan kakak kakak kesayangan.
first time saya makan sini ni. nervous.
motip nak nervous ntah.

: : cara order nya tekan tekan je kat ipad : :

: : momo peach calpis, mango calpis soda dan ichigo strawberry. sedap. setiap satu berharga RM8.90 : :

: : pink plate RM3.99, tomi RM22.90, miso soup RM1.99 : :
masa tengok resit baru terperasan, diorang caj RM0.90 untuk wet tissue. so satu wet tissue tu RM0.30.
kaktin dengan kak linda ok lagi lah sebab diorang memang guna.
saya tak bukak pun, tapi tetap di caj 30sen.
pastu awal awal masa depa bagi tu, tak plak tanya dulu ke apa ke.
letak je atas meja.
so secara logik mesti la orang ingat free kan?
tengok tengok 30 sen! pfffftt..
keesokan hari nya pulak saya keluar dengan masy.
memang dah niat dan dah janji nak belanja dia makan sempena birthday dia hari jumaat tu.
33 tahun dah dia. beso dah anak mak.
masy ni antara blogger yang saya kenal dan saya rapat.
tengok kenal kat blog pun boleh jadi rapat kan?
tu sebab tak semesti dah declare kenal bertahun tahun konon dari zaman sekolah rendah bagai, dah kira BFF.
walhal sebenarnya makan dalammmm je sepanjang berkawan. heh.
saya guna kuasa veto untuk jumpa kat klcc.
jauh tu dari shah alam, em sorry masy.
tapi sokayyy kot naik komuter, naik putra zass zass dah sampai kan.
janji pukul 10.30 pagi.
awal gila kan. he he he.
saya terus pi beli tiket wayang cerita minyak dagu.
dah itu je antara show terawal.
awal tak awal pukul 11.30 pagi gak.
sementara menunggu, kitorang jalan jalan ke taman nurani.
ada pameran lukisan lukisan abstrak. layannn.
bila masa dah time, masuk lah kami ke dalam tgv itu.
dari masa iklan lagi dok berkumandang lagu eternity, tak tau sapa nyanyi.
ingatkan bila movie dah start, hilang ler lagu tu kan.
tapi hadoooo.
sampai dah 5 minit cerita start, takde suara.
tapi lagu eternity eternity tu.
depan kitorang satu mamat rempit dengan aweknya, sudah bertindak jadi hero.
keluar pi cari orang tgv.
sambil bangun tu dia cakap ‘nak kena pijak diorang ni’
saya menambah minyak ke dalam api dengan berkata ‘pijak je dik’
cerita berlarutan ke 10 minit pertama tanpa suara.
ok tak lama lepas tu dah ok, tapi penonton semua bising suruh start balik dari awal.
salah sorang penonton tu saya lah he he he.
tapi yang sebenarnya bukan ramai sangat pun yang nonton.
tup tup terpadam lah skrin.
gamak nak pusing filem tu ke depan payah kot.
last last pukul 12.15 tengah hari baru start ok!?
yang sepatutnya pukul 11.30 pagi drag ke 12.15 tengah hari.
pffffffffttt.. bikin panas betoi.
laju je jari jemari saya tweet ke tgv.
not good not good not good.
asal marah je nak meroyan kat fb, kat twitter.
jangan tiru aksi ini di rumah dan di office.
pendapat saya pasal filem minyak dagu ni?
sokayyyyy la. klise cerita hantu melayu kot.
cuma awal awal tu macam kau akan teragak agak la siapa sebenarnya yang celet minyak dagu kat perempuan tu.
tapi bak kata masy, ini salah satu filem hantu yang tidak memerlukan ustaz untuk membunuh hantu.
hantu tu mati sendiri je.
ala ala hantu membunuh diri gitu laaaaa.
eh bukan hantu memang dah mati ke?
motip nak bunuh diri lagi?
alah nanti tak lama keluar la astro first tu, korang tunggu je lah.
lepas movie check handphone tetengok eh eh ada tweet reply dari tgv lah. vavavavava.

usai movie pi makan.
si masy nak sakae sushi.
saya tanya dia kat klcc ni ada ke sakae sushi?
terus dia cam errrr errr errr.
sib baik ada sushi king, ah boleh lah eh mas.
janji ada sushi.
tapi ujung ujung tak diordernya sushi pun.
sabau je lah.

: : fry set tempura steamed rice chawanmushi RM16.90 & salmon steak steamed rice chawanmushi RM19.90 : :
gambar yang disnap secara tiba-tiba.
saya nampak cermin, saya cakap dengan dia, kita tak amik gambar berdua pun mas.
terus dia brek cam jom jom.
tetengah orang ramai terus disnap gambar kitorang.
sabau je lahh.
maka jadi lah gambar saya sebesar rumah ini.
kami berpisah kira kira jam 3.30 petang camtulah.
selamat hari jadi masy.
dengan soalan, jadi ke tidak plan kita nak ke chiangmai ni?

5 thoughts on “Moshi Moshi Minyak Dagu

  1. alahai keciknye rumah klu sebesau muka akak je hahahaha
    mekasih kak! (L)

    eh musti la jadi.. jalan2 kan. hehehe
    cuma bila tu je kita tatau lg, betul tak? (P)

    • 1. Sakae pronounced as sa-ka-ae means growth in japan

      2. ‘Sake’, the traditional Japanese wine

      TQ for your concern tarra.

Comments are closed.