Majlis Resepsi Haizad & Hid

lepas maghrib keluar rumah terus ke dewan perdana felda.
naik 2 kereta. kereta encik z dengan kereta abang long.
dah ada table arrangement.
so sila duduk di table masing masing yer.
kami sekeluarga di table 30.

: : flowergirls yang akan memulakan tugas sebentar lagi : :
aturcara semua pun berjalan seperti yang dirancang.
dalam pukul 8.45 malam camtu pengantin pun masuk.
tak dapat lah nak snap gambar yaya & caca sebab VVIP kot semua kat tetengah tu.
takpela tunggu gambar dari official photog je la nanti.
gambar bawah ni saya snap dari skrin besar.

: : makan time! : :

: : pencuci mulut ada brownies cake dan aiskrim yang sedap : :
sesambil makan tu ditayangkan slide haizad & hid dari depa kekecik sampai la ke besar ni.
majlis akad nikah tempoh hari, dan latarbelakang serta sejarah percintaan mereka.
cewahh.. kahwin orang ada ada, untunglah ada segala mala ni.

: : uncle azhar bagi ucapan. belakang tu yah, anak bongsu uncle : :

: : kami sefamily : :
dah habis segala aturcara, maka watamatlah majlis nya.
kitorang tunggu dulu dalam hall sebab ramai kot orang q kat luar nak bersalam dengan pengantin dan keluarga.
so lepak lepak dulu dalam hall bergambar dan beramah mesra sesama sanak saudara.

: : cantik reben panjang ni : :

: : tengok betapa panjangnya q : :

: : sempat menyelip jap bergambar : :
: : haru biru atas pelaminan. mak ayah pengantin dah ke mana dah : :

: : sempat tarik uncle azhar je nak bergambar. auntie rozie dah ke mana hilangnya : :

: : barulah betul namanya flower girls! : :
sekali lagi selamat pengantin baru haizad & hid.
depa dah selamat sampai kat london nun untuk berhoneymoon.
haizad tolong pegangkan snow untuk kak maya awak ni yer.
nak tunggu akak tah bila tahun la gamak eh nak merasa pegang snow.
dalam mimpi je la kot 🙂