Lost World Hotel & Hot Springs Entrance

check in kat lost world hotel.
berdepan je dengan lost world of tambun tu.
tapi kena bawak kereta ke depan hotel la.
bangunan dia unik.
memang betul ala-ala lost world gitu.

: : lobi : :
saya booking via asiarooms.com.
satu bilik satu malam RM260.00
bapak mahal kan? tsk tsk tsk…
yaya share katil je dengan saya & encik z.
tapi saya rasa tahun depan kalau pi travel kena ambik extra bed lah.
dia pun macam dah besau, tidur plak rancak haih berkuntau.
harga bilik ni termasuk breakfast untuk 2 orang dewasa.
dan 2 tiket masuk ke hot springs.
tapi sebab nasib saya baik, yaya pun dapat breakfast.
dan pun dapat masuk hot springs tanpa bayaran.
alhamdulillah 🙂
balik bilik mandi rehat siap siap, lepas maghrib terus keluar.
dinner kat papparich express kat bawah hotel je.
memang express pun sebab tak banyak menu, tapi sokayy lah boleh makan je.
dari nak keluar jauh jauh ke mana hala kan.
elok habis dinner hujan renyai renyai rebas.
so amik la payung dalam kereta.
menapak pepelan ke hot springs.
hot springs ni sama je compound dengan lost world of tambun tu.
cuma untuk sessi malam entrance dia tang lain.
tapi still la sebelah menyebelah je pun.
nama pun hot springs, maka nya air nya semua pun hot hot lah.
saya tak mandi, rendam rendam kaki je dalam air panas.
best kot, yer la hujan hujan pastu masuk kaki dalam air panas.
yaya & encik z mandi.
yaya tu memula kata taknak mandi tu sebab tak bawak swimming suit nya.
last last terjun je dengan tshirt dan short tu.
belasah je la nak. bukan ada orang marah pun.
pastu saya pegi jalan kat batu batu kecik yang untuk reflexsology tu.
adoiii bapak sakit kaki hoih.
tulis kat situ kena buat 3 round untuk kepuasan maksima.
saya jalan punya la pelan.
yaya sekejapan dah 4 round.
katanya kalau sapa banyak penyakit memang sakit jalan atas batu ni.
budak kecik tak banyak penyakit sebab tu laju je kot dia jalan eh.
saya ni ha banyak penyakit.
tapi asalkan bukan saja penyakit hati, insyaAllah boleh dirawati 🙂

: : kat bahagian mana paling sakit? : :
sampai pukul 10 malam jugak la kitorang lepak.
hujan masih lagi turun.
pepelan jugak la menapak balik ke hotel.
mandi, pastu lompat naik atas katil.
zzzzzzzzz…
esok pagi pagi bangun pi breakfast.
yang sebenarnya saya nak bayar untuk portion yaya, tapi ada sorang staff india perempuan kata takpayah la kak.
alahai baiknya dia.
makanan boleh tahan banyak choice jugak.
balik hotel lepak lepak jap.
tepat pukul 12 tengah hari check out.
yaya melapar so masuk ipoh cari kedai makan.
harusla tercengang cengang kan sebab mana la biasa area ipoh ni.
berbekalkan gps, tiba tiba sampai kat restoran kosiswa ni.
zasss je lah.
yaya makan nasi campur ikan patin.
saya makan mee goreng.
encik z tak makan. kenyang lagi katanya.
perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya.
selamat tinggal ipoh!

One thought on “Lost World Hotel & Hot Springs Entrance

Comments are closed.