Kepala Besar

masih hari sabtu yang sama.
malam tu lepas maghrib ernie datang jemput saya kat rumah.
asalnya nak jumpa sebab nak pass kan barang je.
tapi dah ernie datang jauh jauh dari putrajaya takkan setakat nak pass barang je kan? apa barang.
kebetulan beliau tengah melapar dan teringin nak makan nasi ayam hainam bukit bintang tu, so zasss lah kami ke sana.
lama kot saya tak datang area bukit bintang di malam hari.
meriah eh.
ada orang yang jadi patung kaler2 silver tu.
macam kat oversea.
mandangkan kitorang dalam kereta so tak dapatlah nak bergambar ke hapa.
kalau kat luar mesti dah pegi dekat dekat bergambar.
malam malam kat bukit bintang hazab oii.
jem sana sini.
tapi dapat jugak la parking.
RM10 untuk 2 jam. mak aiii..
dah jom makan.
lepas makan nak habiskan 2 jam tu, kitorang pi low yatt.
ernie nak cari power bank.
saya macam nak beli jugak, sebab tau lah bateri BB ni sekejapan je dah kong. pffftt.
tapi pastu cam taktau nak pilih cemana.
ah later lah.
cukup 2 jam kami pun gerak pulang.
ajak ernie naik atas dulu.
lepak lepak borak borak pong pang begitu begini.
ujung ujung dekat pukul 1 pagi baru makcik tu gerak balik.
encik z pun dah masuk beradu.
tapi adalah best ko ceni.
macam zaman bujang bujang kat vista angkasa dulu.
yer saya dengan ernie roommate.
masa bujang dulu kitorang stay kat vista angkasa, satu bilik.
pegi pasar malam, pastu makan dalam bilik, layan tv, layan radio.
eh best lah masa tu.
13 tahun yang lampau. kenangan terindah.

: : tengah skodeng instagram korang hewhewhew : :
yang sebenarnya barang yang nak dipasskan tu ialah baju bajan.
selepas kejayaan business tudung (wah kejayaan lah sangat), kitorang macam nak business jubah.
kalau saya jual jubah, korang nak tak beli dari saya?
P/S : tajuk entry kepala besar tu sebab bila saya tengok gambar ni nampak kitorang berdua kepala jadi besar bila pakai tudung ceni he he..

5 thoughts on “Kepala Besar

    • masalahnya aku pun malas nak pegi block c tu haha.
      takpelah, bebila la klau dia rajin, suh dia pass kat encik z atau payiet ke

  1. kak mya, tudung akak comel. baju akak pon shantekk.
    nakkkkk jubah. mmg tgh cari tp salu tak bkenan di mata.

Comments are closed.