Istanbul Aku Datang!

belek belek dalam draft tengok tengok eh eh ada entry ni lah.
kenapakah saya tak publish? kenapakah kenapakah?
walhal patutnya seawal minit pertama la publish sebab saya minat gila kot dengan beto kusyairy.
inilah namanya suratan takdir #tibatiba
ok ceritanya ceni.
di satu hari yang hening kak tin sudah bbm saya dengan keratan akhbar di bawah ini.
amboiii kaktin, perangat nampak.
saya pun tanya la encik z boleh ke nak pegi jumpa beto kusyairy pujaan hati ini.
mendapat suami yang begitu sporting dia kata iyer lah.
so di hari kejadian berangkatlah saya ke mydin subang jaya sana.
sampai awal setengah jam camtu, cari cari la kat mana lokasi road tour nya.
oh belah luar.
so pegi lah kat luar. tapi bila dah start bayangan beto tak nampak la pulak.
so saya cam sekejap je diri kat depan stage tu, pastu terus ajak encik z duduk kat tepi je.
yer saya minat tomok tapi lisa surihani? ermmm tak kot.
ok dia comel. dan dia tak bersalah. tapi saya je tak minat.
makanya saya pun tak bersalah la yer.
cuaca dah mula mendung lepas tu hujan pun turun rintik rintik.
bayangan beto masih belum kelihatan.
saya ajak encik z pegi solat dulu, pastu kitorang lepak je kat dalam sebab hujan dah melebat.
tapi saya  jenguk jugak la sekejap sekejap.
masa ni program macam dah dihold kejap, tapi pastu depa proceed je.
ye la nak tunggu hujan stop ntah bila pulak kan.
masa saya tengah jenguk tu, sekonyong konyong masuklah sebuah kenderaan dengan melaju nya.
hati saya kuat merasakan mesti beto tu.
ye la kalau tak takkan la security bagi dia masuk zasss macam tu je.
saya pun tunggu dengan penuh ketabahan.
dan ramalanku benar belaka.
memang betul itu kereta beto dan beto pun keluar dengan bergayanya dari kenderaan itu.
saya tak tau apakah tajuk kenderaan itu. maafkan saya.

: : berpayunglah kome : :
yer saya memang malas nak ke depan sesak sesak tu ha.
memang tengok beto dari kejauhan je.
depa dok main musical chair bagai.

: : ok tajuk kereta ni mitusbishi : :
dah dengan kesesakan dan kehujanan bagai, saya pun malas la nak berharap apa apa.
cakap dengan encik z, tak dapat bergambar dengan orangnya, dapat bergambar dengan kereta pun jadilah kassim.
korang ada gambar dengan kereta beto? ada ada ada ada? *angkat angkat kening dengan riaknya
ni gambar ni semua encik z yang snap.
dia kedepan stage. baiknya. suami sapa lah tu.

: : alolololo tomey tomey tepuk tangan : :

: : tomok pun tomey tomey jugak : :
sekali lagi dengan berkat kerja keras suami ku jugak la akhirnya dapat jugak saya bergambar dengan beto kusyairy kesayangan hamba.
berdebau debau tau masa ni.
motip nak berdebau pun ntah.
yang penting impian menjadi nyata.
sempat jugak snap guna blackberry.
dan gambar itu lah yang menjadi profile picture untuk bbm dan whatsapp saya.
rosak rosak.
kenapa awak tak cakap awak nak pakai kemeja tu beto.
kalau tak boleh  kita pakai sama.
saya pun ada kemeja corak macam awak tu tau.
tak caya? tengok gambar bawah ni? sama kan?
ternyata kita sehati sejiwa. mungkin jugak sherashi bershama. :-[
oh pasal filem istanbul aku datang tu  kan, saya rasa best la ceritanya.
cerita comel comel  yang kau tak payah nak fikir panjang panjang.
saya suka masa scene beto dengan lisa kat tepi pantai yang ombak kuat angin menderu tu.
yang lisa kata dia bodoh sebab tu  kena tipu.
pastu beto kata lisa tu kena tipu bukan sebab bodoh.
tapi sebab percaya. percaya pada orang yang dia sayang.
cuma bezanya lisa kena teruk. kena cerca. kena hina.
itu yang beto tak kena. dan kalau dia kena dia takkan boleh terima.
terus saya rasa macam aah kan betul lah kan kata-kata beto tu.
kita kena tipu bukan sebab kita bodoh.
tapi sebab kita percaya pada orang yang kita sayang.
yang kemudian mengkhianati kita.
so tak perlu nak salahkan diri.
tak perlu jugak nak salahkan orang yang mengkhianati kita.
sebab dia dah beri pengajaran dan dah bukak mata kita.
untuk kita tahu siapa kawan siapa lawan.
moral. teruskan je kehidupan tanpa perlu menoleh ke belakang.
nak kumpul duit la. nak pegi istanbul. jom korang!

4 thoughts on “Istanbul Aku Datang!

  1. sherashi bershama la sgt..pang baru tau 😛
    citer ni mmg best..lisa comei sgt
    beto pun best

  2. hahah minat sungguh ko kt beto kan
    aku rasa kalo ko jmp dia depan2 mcm aku jmp dia time kawen bob tu, mesti ko x pk org lain da
    asyik ngadap dia jek
    hahaa

    #sporting le en Z.. kalo suami saya?? ermmm..ermmm….hahaaa

Comments are closed.