Happy 30th Birthday Payiet!

last week kami adik beradik tiri keluar luncheon bertiga tigaan.
lunch sempena meraikan hari jadi adik tiri bongsu yang ke 30 tawon.
yer walaupun rupa paras beliau seperti ahli k pop dari seberang, tetapi sebenarnya beliau sudah kertu.
kaktin sebagai kakak tiri sulung yang tegas telah menetapkan lunch perlu diadakan di basil restaurant.
saya yang tengah ni follow saja.
aterr kaktin yang drive.
kang macham macham mau ia sepak saya keluar dari kereta wira turbo nya itu.
basil terletak di bangsar yer hadek hadek.

: : saya minum iced chinese tea. payiet minum thai iced tea. kaktin minum air suam. apa? air suam? what the heckkkkk *lawak kumpulan balas. sila ketawa : :
bab order mengorder sekali lagi diserahkan kepada kaktin pon pon.
hidangan pertama. mieng kam.
kebetulan pagi tu ada makan-makan kat office saya, kak noni bawak mieng kam ini juga.
maka nya hari itu saja berhelai helai daun kadok saya telan.
yer hadek hadek itu daun kadok, bukan daun sirih.
saya dah pernah makan dah mieng kam ni masa kat bangkok dulu.
so tak heran sangat dah la *buat muka berlagak.
cara makan, letak kan segala mak nenek sampah sarap ke atas daun.
gulung gulung dan terus ngapp masuk mulut.
sedap!!!

: : amboi cahaya keimanan sangat kaktin #TDDMKALT : :
hidangan ke 2, ke 3, ke 4 dan ke 5 adalah seperti berikut.
clear tomyam seafood, green curry chicken, kangkung belacan dan mango sticky rice.
semua pun adalah sedap.

: : saya pakai shawl baru he he : :

: : harga sila tengok sini : :
saya dengan kaktin berpakat pakat belikan planner moleskin sebagai hadiah hari jadi untuk payiet manjola kesayangan kami ini.
happy birthday nyah.
tua dah engkau. so pls jangan nak merempan sangat di facebook mahu pun di twitter.
malu kat ikhwan & amni.
mek doakan kau sihat sejahtera, happy  happy selalu dan paling penting ditemukan cinta sejati dan jodoh yang baik.
cepat naik pelamin. nanti mek sponsor bunga telur 100 biji.

5 thoughts on “Happy 30th Birthday Payiet!

  1. la payiet baru 30 rupanya..igt dah 35 hehehe
    amboi itu mieng kam manyak mahal
    lenkali nak mkn petik daun kadok kat umah sendiri boleh?
    bahaya mieng kam ni rasa sekali pastu nak lagi dan lagi dan lagi..sedap!

  2. kpop dari seberang? ceh nak cakap kpop indon kan? adakah? adakah? adakah?
    makasih kat kak tin ngan sopiah sbb banjer makan dan bagi hadiah.

    Ps: terima kasih jugak pada wish kat komen atas nun yo. Yer saya dah 30 :-O

Comments are closed.