Blog Maya Dot Com

Genting Mobile Apps Launch

pada 17 januari lepas saya dapat jemputan dari Resorts World Genting (RWG) untuk attend event Genting Mobile Apps Launch di Wisma Genting.
so lepas office terus gerak.
memandangkan program start pukul 3 petang, so saya ke pavilion dulu untuk lunch.
makan kat food republic, set thai food. red ruby tu fuhhh sedap gila plis.
ingat kan nak menapak je dari pavilion ke wisma genting, tapi pusing pusing tak jumpa pulak pintu keluar nya.
so terpaksalah drive keluar. jalan sesak lah pula.
pastu bila nak masuk parking wisma genting, penuh!
terpaksa la masuk parking kat wisma cosway pastu menapak pepelan ke wisma genting.
ngam ngam sampai pukul 3 petang, terjumpa dengan jocko & sohoque.
oh yer saya ajak kaktin joint sekali event ni.
Pada suku pertama tahun 2012, Resort World Genting (RWG) telah melancarkan mobile apps mereka sendiri di IOS App Store, Android App Store dan Windows 8 App Store.
Dalam jangkamasa setahun jumlah mobile apps mereka telah dimuatturun sebanyak lebih kurang  100,000.
Genting Mobile Apps memudahkan ahli Worldcard untuk memeriksa points dan membuat tempahan melalui iHoliday.¬† Selain dari itu Genting Mobile Apps juga mempunyai menu Hotel, Shows and Events, Food and Beverage, Highlights, ‘Getting There’, Scoal, Theme Park dan My Planner.
Pendek katanya kita tak payah susah susah nak masuk browser dah.
Macam saya pengguna Ipad, saya cuma search Genting di Apps Store, pastu terus muatturun dan taraaa.
Itulah serba sedikit informasi berkenaan Genting Mobile Apps.
Semasa Genting Mobile Apps Launch ini, Naib Pengerusi Eksekutif RWG, Y Bhg Dato’ Kevin Sim berkata jumlah pelawat yang datang ke RWG mencecah 20 juta orang setiap tahun dan 3 juta dari nya adalah ahli WorldCard.
Jadi dengan adanya kecanggihan Genting Mobile Apps ini, lebih memudahkan pelawat untuk mengetahui aktiviti aktiviti RWG.
: : jocko & kaktin. tq jocko sebab ajak saya joint event yang ohsem ini : :
Selain dari Y Bhg Dato’ Kevin Sim, turut serta di hari kejadian berkongsi kehebatan Genting Mobile Apps ialah Encik Thomas Ng, Naib Presiden Kanan, E-services dan Encik Chow Wei Heng, Naib Presiden, Pemasaran.

: : demo menggunakan tv touch screen bagaimana rupa paras Genting Mobile Apps setelah dimuatturun : :
selepas habis sesi perkongsian dan soal jawab, saya diberi kesempatan bagaimana untuk merasai sendiri pengalaman menempah bilik menggunakan iHoliday.
sekejapan je pastu terus dapat confirmation.
semudah A B C!

lepas tu makan time!
disamping beramah mesra dengan bloggers dan media yang hadir.
nak talk talk dengan orang orang kuat RWG di atas tadi pun boleh.
tapi saya segan :-p

: : berkenalan dengan sohoque : :

: : dapat ole ole dari RWG : :
so korang tunggu apa lagi, sila muatturun Genting Mobile Apps kat gadget masing masing ok?

    One thought on “Genting Mobile Apps Launch