Darjah 3 Dah Awak Sayang

yaya dah darjah 3 dah tahun ni.
tapi tu lah dia, badannya kecik comel bebenor.
tak macam budak darjah 3.
masa saya bawak datang office ramai yang ingatkan baru nak masuk tadika.
sabar je lah.
ni pagi pagi rabu start sekolah tu.
yaya sekolah kebangsaan sebelah petang.
sebelah pagi dia pegi sekolah agama.
dekat je dengan rumah mama.
waktu sekolah 8 pagi – 10.30 pagi.
gigihlah saya pergi menghantar.

: : inilah kelas nya : :
tak ramai pun student dalam kelas ni.
tak sampai 20 orang pun.
yang ramai nya sebelah petang sebab budak budak besar sekolah kebangsaan pagi kan.
pukul 10.30 pagi encik z & mama pergi jemput yaya.
napa saya tak gi jemput?
aaaa sat gi saya cerita kat hujung entry yer.
pukul 12.30 tengah hari siap siap dah nak pergi sekolah kebangsaan.
yaya masih kat sekolah convent lagi.
hari pertama dia kata nak pakai tudung, sebab rambutnya panjang kusut masai.
iyer iyer lah nak.
nanti lepas wedding uncle haizad minggu depan, kita kasi cantas k.
beg sekolah tahun ni berubah wajah dari warna pink ke warna purple.
ye la asyik asyik pink pink pink. bosan jugak kan?
eh normaya ke yang berkata kata ini? hewhew.
pink tak pernah membosankan kot!
tapi kita kasi tukar mood sikit la ini tahun.

: : budak darjah 3 berkumpul kat sini : :
yaya duduk belakang tu ha sebab kitorang sampai lambat.
rumah dekat pun lambat kan.
bukan lambat apa, sebab jem bebeno depan sekolah tu, berpusing pusing cari port nak berenti.
tak lama pun saya kat sekolah ni sebab kena halau dengan cikgu.
sentap ok.
bukan tak boleh cakap elok elok.
ni cam terpekik pekik dah kenapa cikgu?
pukul 6 petang gi amik yaya kat sekolah.
pastu tanya dia nak makan apa.
katanya nak bubur mcd.
so zasss lah ke taman tasik taiping, ada mcd baru bukak kat situ.
lepak lepak makan makan borak borak.
pastu balik.
ok sebab apa yang saya tak pergi jemput yaya dari sekolah agama tu?
cer tengok longkang kat bawah ni.
saya jatuh longkang uolls.
pepagi tu kelam kabut nak pi start enjin kereta, laju nau berjalan, tetiba kaki terjerobos masuk dalam longkang ni ha.
kaki kiri dalam longkang, kaki kanan kat luar, haaaa memang mengangkang lah saya dibuatnya.
masa mula mula tu tak sakit, lama lama tengok perghhhhh… lebam koo..
belah kiri lutut.
dengan dekat pelipat lutut belah kanan.
darah apa semua memang takde, tapi nyut nyut nyut sakit.
balik tu sapu minyak gamat, bila jalan memang rasa sengal ah.
apalah nasib.
yaya sayang, belajar pandai pandai k.
dah masuk darjah 3 dah ni.
mommy doakan yang terbaik untuk awak 🙂

4 thoughts on “Darjah 3 Dah Awak Sayang

Comments are closed.