Appreciate those who love u. Forgive those who hurt u

amboiii semenjak pakai ipad mini ni kemain galak awak post gambar kat instagram yer normaya?
eh eh eh saya tak cerita lagi eh kat blog saya beli ipad mini?
ceyy ceyy bebuat tanya pulak. hihihihi *gelak tutup mulut
kat facebook, instagram dengan twitter memang saya dah celoteh dah pasal ipad mini ni.
biasalah kat blog memang selalu ketinggalan nak update.
ok kekdahnya saya sudah beli ipad mini.
kenapa saya beli ipad mini walhal dah ada ipad?
sebabnya ipad yang tu besau bebenau la.
macam kalau nak bawak gi mana mana letak dalam beg alahai rebeh bahu.
pastu nak snap gambar kan cam kepayahan gitu.
travel lagi la, memang tak koserr la kan nak hangkut. berat kot.
tu yang cam cakap dengan encik z nak beli la ipad mini.
dia cam biasalah ok ok jer.
so beli lah. saya ambik yang 32GB. boleh sumbat banyak benda dalam tu.
harga RM1,299.00.
oh yer saya beli online.
ikutkan 2 minggu baru dapat.
tapi tak sampai 2 minggu pun, dalam seminggu camtu dah dapat.
saya beli sekali dengan cover depan RM159.00
kenapa beli online?
sebab saya nak engrave!
lupa lak nak snap tulisan engrave tu.
tapi saya tulis yang seperti tajuk di atas..
motivasi diri sangat khenn.

: : gambar pertama saya yang disnap menggunakan ipad mini  : :

: : amboiiii gewdiks sangat okeh! : :

: : memperkenalkan… : :
dapat dapat godek semua, saya terus install game plants vs zombies.
tapi sebab saya tak jb, so kena beli lorrr.
tak kisah, janji ada. penggila betui saya main game ni.
yang sedih kena main dari awal. gigih!
semalam saya dengan encik z keluar pegi pavilion.
ada 3 misi sebenarnya.
nak makan teppanyaki kat food republic, nak beli kasut crocs dan nak beli handphone nokia.
masa lalu kat klcc nampak ramai orang pakai baju kuning berkumpul kat depan twin tower tu.
pastu baru teringat cam ohh hari ni ada perhimpunan shamsidar.
patutlah jalan macam lengang je, gamak warga kl semua malas nak keluar la kot eh.
selamat sampai kat pavilion pukul 11.45 pagi camtu.
terus ke teppanyaki.
yang membuat saya nak try ni sebab dok tengok bloggers cam puji puji nau teppanyaki kat sini.
tapi bila saya cuba cam ermmmmm tak berapa kot.
saya lagi suka teppanyaki biasa.
ada miso soup, ada bawang goreng, ada kobis goreng.
teppanyaki sini dia serve soup macam ala ala bunga teratai tu, bawang goreng takde, kobis goreng diganti bayam.
takdelah tak sedap, tapi saya yang tak kenan lah kot.
terus je ke crocs, dapatlah sepasang kasut. nanti saya jaja gambarnya eh.
pastu ke nokia, sebab nak beli handphone baru untuk mama.
handphone lama mama ada lagi tapi dah nak nazak, tu saya beli lain.

: : i’m a happy woman! : :
lepas habis shopping, ajak encik z tengok movie memandangkan awal lagi.
so kami nonton filem korea The Tower.
sedih la cerita ni. bencik tau keluar panggung sob sob sob lap hingus.
korang kena tonton. best angat angat.
actually kan, saya ada shopping lagi satu benda.
sapa kat instagram dengan twitter dah tau la kan?
yang kat blog ni, kena tungguuuuu 😉

5 thoughts on “Appreciate those who love u. Forgive those who hurt u

  1. berkenan plak ngan ipad mini tue.. kat luar rasanya mahal lagi ler.. cer bagi akak link mana maya beli tue teringin gak nie.. heheh..

Comments are closed.