Amusement Park, Sunway Lagoon

dah lepas selesai mandi manda, siap siap nak jalan dalam dry park pula.
heyyy takkan nak balik macam tu aje.
rugi ooooo. dah la nak masuk sunway lagoon ni mahal, ni dah dapat masuk free kita kasi cover la semua.
terus je ke amusement park.
sorry segala nama rides ni saya dah tak ingat.
brochure sunway lagoon pun dah mana saya campak.
sampai 2 kali encik z &  yaya naik benda alah ni.
saya macam teringin tapi macam takut. so takyah.
yang ni pun sampai 2 kali depa naik.
kemain excited anak dara saya tu.
kitorang stay dalam tu sampai dah tutup semua baru keluar.
memang berbaloi baloi habislah.
eh saya dengan encik z masuk rumah hantu. encik z la dok ajak ajak.
takut oiiii.
ada satu tempat tu semua pun pocong. berdiri tegak.
pastu kitorang dipecahkan dalam group kecik kecik.
pocong lompat lompat dengan pontianak mengilai ngilai betul betul belakang saya.
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… hetchuuuu hantu!!!
overall, kami sekeluarga having so much fun.
tq B** 🙂
 

3 thoughts on “Amusement Park, Sunway Lagoon

Comments are closed.