6 Minggu Yang Membahagiakan

amaran : entry ni penuh gambar tau.
kalau pc korang kejung sebab nak loading, jangan salahkan saya huhu.
6 minggu yang dimaksudkan tu masa cuti sekolah hari tu lah.
3 minggu pertama mama ada kat sini, tapi lepas tu mama balik taiping.
so tinggallah yaya dengan saya.
seminggu tu dia pegi motivasi al quran.
lagi 2 minggu tu saya dengan encik z cam gilir gilir cuti begitulah.
ada jugak beberapa kali bawak je yaya datang office.
kebetulan masa tu kak as cuti, so takde la rasa segan sangat.
dengan staff lain saya pedulik hapee.
yang masa mama ada tu, caca pun duduk sekali kat rumah saya.
ok la ada kawan jugak si yaya.
saya dengan encik z pun suka je, best je dengar dia dok pot pet memacam.
masa ni keluar pergi wangsa walk dengan carrefour.
belikan depa kasut.
malam malam hari pulak, depa ni tak boleh la tengok saya dengan encik z berbaring berdua atas katil, mesti nak menyelit nyelit jugak.
banyak gambar saya letak ni sebab saya suka dan gembira dan bila rindu boleh tengok.
masa ni tergelak sebab tengah ready ready encik z nak snap gambar tiba tiba prooooooooooootttt.
si caca kentut. terus la berderai ketawa semua.
memang suka kentut budak ni tau.
dah la busuk macam hapa.
haaaa dia suka makan telur, so korang agak agak la busuknya cemana.
lepas mama balik taiping saya kena masak lah kan.
ada jugak hari hari makan kat luar, tapi selalu pun macam tak tau nak makan apa.
pastu yaya kata ‘ala mommy masak lah’
lalu saya pun menyingsing lengan dan masak je lah yang simple simple.

: : telur dadar, sotong goreng kunyit, kangkung tumis air, sambal belacan : :

: : ikan bilis goreng, ikan masin, udang goreng kunyit, sambal belacan : :

: : sup daging, taugeh goreng, tempe goreng + cili kicap : :

: : kobis goreng, ikan kembung goreng, sardin : :

: : roti telur, daging burger, sosej, nuggets ayam cheeseĀ  for breakfast : :

: : tengah tunggu flx dicuci. kagum jap dengan style baru cuci kereta yang kita tak payah keluar pun dari kereta : :
pergi beli barang sekolah yaya.
memula gi sunway pyramid, pastu jusco wangsa maju.
bapak susah heh nak cari saiz anak saya.
saiz S/kecik manjanggggggg habis.
ok tahun depan kena beli awal-awal.

: : ni bukan barang sekolah, dia request nak patung barbie. ok la beli guna duit yang auntie ayu & auntie mariah bagi masa birthday yaya hari tu : :

: : jalan jalan kat festival city : :
breakfast kat restoran encik tan.
hari sama yang pergi muzium coklat hari tu.
encik z baru lepas download instacollage masa ni.
tu yang dok ralit belek.

: : ni kat muzium bnm. nanti saya up entry lain : :
ini pulak hari hari yang bawak dia mai office.
ok je dia takde la buat perangai ke apa.
elok je duduk dalam bilik meeting layan ipad, melukis, dengar lagu.

: : masa ni pergi beli sofa baru : :

: : walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanyaaaa : :
tak sabar tunggu 6 minggu terakhir 2013!
(walaupun lambat lagi kan)
tahun ni kena plan trip ke oversea dengan yaya!
rugi ooo passport dah buat untuk 5 tahun kot!

5 thoughts on “6 Minggu Yang Membahagiakan

Comments are closed.