With True Love

semalam tv saya buat hal.
tetiba lak tak nak nyala.
jangan buat hal tv oii waktu waktu genting ceni.
jenuh la saya dengan yaya on off on off tapi gitu gak statiknya.
so cakap dengan yaya jom je lah kita keluar.
tapi memang kena keluar pun sebab kat rumah takde mende dah nak makan.
memula pegi pejabat pos taman melawati sebab ada poslaju kad kredit.
oh kad kredit bank **** rupanya, renewal.
so saya guna satu kad ni je lah untuk urusan di masa depan.
pastu singgah giant taman melawati sebab nak cari tudung untuk yaya.
next week dia join kem motivasi al quran. haruslah takde tudung.
nasib baik hari tu saya angkut baju kurung dia 4 helai.
tapi takde la plak tudung budak budak kat giant. adoiyaii..
dah la pepenat pusing cari parking alih alih takde.
dari situ ke wangsa walk cari makan.
kitorang lunch kat Octopus Sushi & Thai.
aterrr kalau dengan encik z, nak ngajak masuk restoran jepun ceni harus bercinta.
ni dah ada anak dengan saya, heret je la dia.
lagipun saya tau yaya memang suka makan sushi mushi segala ni.

: : berlatarbelakang subway lah pula. kecik hati octopus sushi & thai : :

: : ice peanut RM6.90. sedap sangat! : :

: : mix seafood set RM26.90 : :
usai makan kami nonton movie.
cerita rise of the guardians.
sokayy la best ceritanya. kisah fantasi kanak kanak tapi more to orang putih la.
bunny easter, sandyman, jack frost, santa claus, fairy tooth & boogeymen.
kot anak melayu kita mungkin kurang sikit la nak faham tapi kalau di explain pepelan insyaAllah faham kot.
dari wangsa walk pegi kedai buku. yaya nak beli kertas lukisan.
pastu gerak ke bandar baru sentul. memula gi rumah wany ambik barang.
pastu pegi rumah liza.
saya ni rasa bersalah sangat tak pegi pegi jumpa dia lepas kematian sarah khadijah.
masa tu saya kat JB/melaka.
liza kawan saya masa saya sekolah kat SMBBS.
sekarang ni kitorang cam rapat jugak la contact each other.
dan saya pernah promotekan barang-barang jualan beliau kat SINI.
saya taktau sama ada ada antara korang yang tau kisah liza ni.
mungkin ada yang terbaca kat fb/paper.
anak kedua beliau sarah khadijah yang berumur 6 tahun telah meninggal dunia pada akibat leptospirosis (virus kencing tikus)
diorang sefamily ke wet world shah alam pada 10 & 11 november 2012.
saya pernah jumpa ketiga tiga anak liza.
sarah khadijah yang ke 2. memang comel dan sangat petah berkata kata.
kami berbual panjang petang semalam.
jelas liza seorang yang sangat tabah.
agaknya kalau saya yang kehilangan seperti liza, adakah saya akan setabah ini?
korang boleh baca luahan hati liza kat blog beliau DI SINI.
liza tak pernah, never pun mengeluarkan statement kata JANGAN ke wet world shah alam.
dia cuma menceritakan apa yang berlaku.
Dear parents please be alert of these symptoms.
Fever
Changes of colour to nails
Chills and shivering
Lost of appetite
Too much sleep and tiredness
If u see all this please rush them to hospital and get a blood test specifically for dangue.. Even if blood count is normal insist on a specific blood test for all virus and bacteria.
Liza, aku tau kau tabah.
Dan macam mana yang kita borak semalam, REDHA.
Kau boleh menangis. kau menangis bukan sebab kau tak redha, tapi untuk mengekspreskan rasa.
Sarah Khadijah sedang tunggu kau di syurga.
Dan kau dah janji yang kau akan jumpa dia kat sana kan?
Kotakan janji kau.
sebelum balik, saya sempat tanya pada hanna, anak bongsu liza yang berusia 3 tahun.
hanna, where sarah?
hmmmm…
where sarah?
at castle
oh? castle? with who?
with TRUE LOVE
subhanallah….
sarah khadijah, tenanglah kamu disana……..

7 thoughts on “With True Love

  1. Dah almost 3 weeks Sarah pergi… Tak penah xmenangis everytime baca about arwah either kt FB or blog… xdpt bayangkan mcmana perasaan Liza.. Dia sgt2 tabah… Al-Fatihah for Sarah….

Comments are closed.