Pulau Orang Utan, Bukit Merah

baru nak update cerita kat bukit merah *tersipu sipu
hujung bulan 10 hari tu yang lepas aidiladha tu la, saya ajak sefamily pergi bukit merah.
sempena birthday yaya tu lah.
tapi memang dah cakap dengan depa taknak pegi waterpark.
bosan la kan asyik asyik waterpark.
so kali ni nak pegi pulau orang utan dengan ecopark.
harga tiket eco combo package yang terdiri dari pulau orang utan, ecopark, chairlift atau skycylce RM39 dewasa dan RM33 untuk kanak-kanak.
valid untuk 3 hari. dengan kemasukan sekali sahaja setiap satu.
naik bot untuk ke pulau orang utan. ermm dalam 15 minit camtu la perjalanannya.
ginilah suasananya, ada pagar pagar bagai dengan pokok pokok berjuntaian.
sepanjang jalan tu ada ditanam macam macam jenis tumbuhan.
kacip fatimah la, tongkat ali lah, pegaga lah. semua pun tumbuhan kesihatan.
nama pun pulau orang utan, memang orang utan je lah yang ada.
semua pun dipelihara di sini untuk mengelakkan dari pupus.
dekat sebelah depan tu ada anak-anak orang utan yang comel.
semua pun buat gelagat macam nak tarik perhatian orang.
yang dalam guni ni bukan orang utan, tapi kera.
menurut kata pekerja kat situ kera ni cam jahat la, selalu curi makan.
kacau anak-anak orang utan, so diorang kurung dalam ni konon macam nak bagi pengajaran kat dia.
huhu, kesian pliss..

: : anak anak bagi ikan makan. makanan ikan boleh dibeli kat sini : :
korang kalau nak pergi boleh refer jadual boat trips ni.
kalau terlambat, kena tinggal lorr..
 P/S : dress saya tu dibeli di poplook. sopan & selesa 😉

3 thoughts on “Pulau Orang Utan, Bukit Merah

Comments are closed.