Blog Maya Dot Com

Muzium Coklat di Kota Damansara

malam tadi saya upload album gambar pergi muzium coklat kota damansara kat facebook.
ramai pulak yang macam eh eh ada muzium coklat kat kd?
semua pun cam terhairan hairan.
yer anak-anak, ada muzium coklat di kota damansara.
saya tau pun sebab jocko pernah tulis kat blog dia hari tu.
cuti krismas hari tu saya ngajak la encik z pergi.
bawak yaya.
sebab cam taktau nak ke mana.
plan asal nak ke kidzania tapi abang long ada emergency nak balik raub, dia bawak caca.
tak best lah kalau yaya pi kidzania sensorang kan.
lagi pun dia dah pernah pegi dulu dengan FM.
so cam ok la yaya kita tunggu caca ada baru pergi sama ok?
ni alamat muzium coklat kota damansara.
DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3, Kota Damansara, Selangor.
atau korang boleh refer map muzium coklat yang sepertinya dibawah ini.
ia dia memang kilang yer.
rupa parasnya bukan seperti muzium negara.
bila korang dah masuk kawasan factory tu, akan nampak signboard museum chocolate tunjukk arrow nya nak ke kiri ke ke kanan.
follow je k.
ok sudah sampai.
masuk dalam parking.
pastu register dan ambil pas.
masuk dalam bergambar je lah sesaja.
ada ditulis sejarah pembuatan coklat.
siapa pengasas buat coklat ni, cara cara buat coklat, khasiat coklat.
eh pendek kata serba serbi tentang coklat lah.
 
pengasas DR Group Holdings ni adalah melayu yer.
so insyaAllah halalan toyyiban.

: : macam-macam bentuk coklat. gambar PM & wife pun ada okk : :
muzium ni masuk percuma je.
tapi jangan risau, korang mesti akan terrrrrspent puluh puluh ringgit beli coklat.
lalu secara automatik dah memberi keuntungan kepada muzium coklat ini.
kan betul saya cakap, takde rupa paras muzium pun dari luar.
so kalau korang sampai jangan plak cam eh eh betul ke ni betul ke ni?
betul la tewww.
dah dah tak yah nak terhairan hairan sangat.
sempat lagi kalau korang nak bawak anak-anak pegi muzium coklat ni.
eh sebelum tu nak bagitau, tempatnya kecik je la tau.
jangan kau xpac kilang sebesau besau nya plak.
tapi sokayyy la untuk dilawati.

    14 thoughts on “Muzium Coklat di Kota Damansara