Maya… Ceritaku

4 hari tak jenguk blog. 4 hari tak update blog. 4 hari tak baca blog.
sepanjang panjang saya berbelog ni berapa lama eh saya pernah abaikan blog? hmm..
pernah la kot bila pergi bercuti.
ni 4 hari ni takde la saya bercuti mana pun.
yang sebenarnya 5 hari tu kan memang ambik cuti sebab nak habiskan.
tetiba terbuat plan ke port dickson lah pulak.
tu yang blog terabai tanpa sempat memberikan ucapan akhir. eceh..
ok start hari selasa punya cerita dulu.
ingat saya nak pergi JPN tukar IC, bangun memang dah awal tapi pastu rasa cam adoiyai malasnya pun.
so tak jadi.
tapi kena keluar jugak jugak sebab dah takde makanan dalam fridge.
maggie, telur, roti hapa pun takde.
kalau saya sorang sorang ok jugak la kan makan biskut je.
ni yaya ada. kejam benau nak dera dia makan biskut je.
so dalam pukul 12 tengah hari camtu saya keluar la sorang sorang.
sebab fikir kejap je, nak pegi B & O.
pusing lebih dari 5 kali takde parking. hoi! amarah la saya.
nak taknak pegi la kat NSK plak.
pun takde parking. 3 kali saya pusing. apakah?
akhirnya parking gak, tapi agak menjauh. kusut dah nak fikir.
masuk dalam NSK cari barang apa semua, elok tengah q hujan lebat turun menderu deru.
terus cuak memikir yaya kat rumah.
lepas bayar apa semua lari la saya laju laju dalam hujan lebat tu menuju ke kereta.
sampai sampai rumah elok je yaya dah siap mandi tengah pose pose main game kat ipad.
relax je dia. saya je yang menggelupur lebih. maklumlah mak mak.
pong pang pong pang tunggang terbalik kat dapur, siaplah memasak.
sup sayur, sambal udang & cencaru goreng.
makan lah kami 2 beranak. bila hujan dah rebas, saya subscribe cerita zaiton ceritaku kat astro first.
cerita ni tak dapat sambutan sangat eh?
cerita ok, tapi macam tak kuat lah saya rasa.
macam eh zaiton sameon ni gila ke tak sebenarnya.
pastu adakah watak watak dalam cerita ni semuanya kisah benar?
macam ala ala membuka pekung di dada pun iyer.
tapi sokayy lah, takde la sampai saya nak terajang tv ke hapa.
layan je. sampai 2 kali plak tu he he.
ok later lah saya sambung k.
happy weekend!