Ke Port Dickson

masa saya bercuti 5 hari berturut turut tu, kitorang sefamily tetiba terrrrrrrpergi PD.
ceritanya kak as dapat resort, tapi last minute dia tak boleh pergi. dia offer kat saya.
saya tanya encik z, dia kata ok, tu yang cam zasss bawak mama & caca sekalian.
bertolak hari rabu malam lepas nikah haizad & dayah.
sampai PD pukul 9 malam macam tu lah.
lepak nonton destinasi cinta bersama air asia.
elyana & husband dia pergi vientiane laos. wu! best!
esok pagi pagi budak berdua ni dah bangun terjun tiruk dalam kolam.
memula mama teman, lepas tu ayah nya pulak terjun sekali.
saya lepak lepak dalam bilik je, resting.
konon my own sweet time lah gitu.
memang plan datang PD ni nak lepak lepak je, takde nak aktiviti sangat.
cuma cuma cuma, sepanjang kedatangan ke PD ni, saya tak pernah pergi muzium tentera darat, so isi lah satu aktiviti untuk ke sini.
masuk adalah percuma.
besar jugak eh muzium ni.
macam macam ah informasi pasal ketenteraan, khasnya tentera darat ada kat sini.
ada banyak bahagian tau kat sini.
masa zaman pemerintahan british, pemerintahan jepun dan sebagainya.
ada satu tempat tu bila korang masuk siap ada bunyi kuda.
nak bagi kita feel lah  macam mana tentera dulu berperang kan.
caca plak ketakutan, kesian encik z terpaksa kok kong ia.
taktau plak saya kat sini pun ada tunnel.
haruslah terkagum kagum kan.
tapi kat sini  macam dah dibaik pulih kot.
kalau nak compare macam tunnel yang saya pergi kat hat yai dengan ho chi minh dulu, sana lagi hazab kot.
sekali lagi caca takut, nangis lagi ia. adoiyai..
korang kalau nak pergi, silakanlah yer.
ni alamatnya.
Muzium Tentera Darat
Batu 4, Kem Si Rusa
71050 Port Dickson.
Tel: 06 – 647 1266 samb. 2482
dari muzium tentera darat, kami ke teluk kemang untuk makan.
saya pekena laksa & laici kang.
sini makanan sokayy la boleh tahan, cuma yang tak tahan sebab lalat banyak nau.
rimas ai.
petang tu ingat nak mandi kolam, tapi hujan lah pulak.
alahai kesian budak budak. tapi nak buat cemana kan.
lepas maghrib keluar dinner kat restoran sri mesra ikan bakar & seafood.
bersebelahan dengan hotel mesra dan caltex pd.

: : cantik haih anak-anak dara saya ni. dah besau memasing : :
masa saya tweet kata saya makan kat sini ada plak yang tanya ok ke service nya?
sebab banyak review kata service slow.
ntah masa saya pergi tu ok je plak service nya.
cuma harga agak pricey kot huhuhukss..
ok ni yang kami makan dan minum.
air tembikai, fresh orange, lychee, milo ais, teh o ais.
5 nasi putih. jenahak bakar.  3 ekor ketam bercili.  kailan belacan.
RM111. murah ke mahal hoh?
macam mahal kot?
tapi makanannya sedap.
malam tu malaysia kalah kan bola piala aff suzuki tu? #tetiba
tapi tak suka tau baca tweet/status fb kawan kawan maki carut pengadil.
tak suka tak suka tak suka. tak suka sudehhhhhhhh #kbai
balik dari dinner, tengok tengok kat resort takde air.
gemparrrrrrrrrrrr….
menghangkut la air dari swimming pool ke bilik. pasrah.
sampai besoknya kot takde air.
lepas cek dengan ayahanda dan bonda payiet, rupanya ada paip pecah kat depan politeknik PD nun, lalu jabatan air sudah tutup paip utama. tskkkkk.
pagi pagi tu semua pun bangun awal sebab nak tengok sunrise.
semangat. walaupun tak berapa nampak sunrise nya sebab cuaca agak mendung.

: : muka tak mandi : :
oleh sebab takde air, swimming pool pun ditutup.
alahai double kesian kat budak budak ni.
nak buat macam mana kan, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan.
pukul 11 pagi macam tu baru ada air.
semua pun mandi laju laju, terus siap siap nak check out.

: : pegi 2 malam je tapi beg haaa macam 2 minggu. tu diorang tengah keluarkan angin dari pelampung : :
selamat tinggal Port Dickson.
ada rezeki nanti opah, yaya & caca datang lagi, ote?

2 thoughts on “Ke Port Dickson

Comments are closed.