Blog Maya Dot Com

Berselindung Di Sebalik Tudung?

takde update eh semalam?
hmmm… saya serius tak larat nak on pc.
2,3 hari ni pun medang balik lambat je.
semangat memang ada, tapi kederat yang tak ada.
gambar adalah half saya dah upload.
banyak cerita pending sebenarnya (boring dah dengar alasan ni kan?)
ok lah taknak biar blog ni terdampar, saya bebel bebel la kejap eh.
hari ni 5 disember.
hari ulangtahun perkahwinan saya yang ke 3.
alhamdulillah. pejam celik pejam celik 3 tahun dah rupanya.
so far so good.
adalah jugak sangkut here n there.
tapi kan takde manusia yang sempurna.
kena accept as it is je la kan.
few weeks ago banyak jugak kejadian kejadian yang jadi kat saya.
saya banyak cerita yang best best je kan kat blog ni (best ke pun hehe)
tapi yang tersirat terpendam semua pun saya pendam.
tapi isu lama kot. isu bertahun tahun.
betullah orang kata. apa yang boleh membuatkan kita manusia bertindak di luar kawalan?
ketakutan dan kemarahan.
kemarahan yang membuak-buak menyebabkan manusia hilang pertimbangan.
sampai sanggup meletakkan maruah di tapak kaki.
‘tak payah nak berselindung di sebalik tudung tu!’
saya terima penghinaan ini sebagai satu kafarah di atas dosa-dosa saya yang lepas.
dan sebagai satu ujian dariNya supaya saya terus istiqamah dan jangan leka dalam mencari siapa diri saya yang sebenar.
tetapi saya melangkah berbuat sesuatu bukan kerana saya sakit hati atau nak membalas dendam.
ia cuma kerana saya sudah penat.
saya rasa saya sudah buat lebih dari yang sepatutnya.
macam yang saya pernah cakap sebelum sebelum ni.
kalau taknak baik pun, tak usah la bergaduh.
tak perlu nak ambil tahu apa yang saya blog kan, apa yang saya tweet kan.
berhenti dari ambil tahu tentang saya.
anggap tak pernah kenal. susah sangat ke?
dan pada yang datang memohon maaf, seperti mana yang saya reply pada awak, saya dah lama memaafkan awak.
dari mula mula saya hantar email dan jumpa awak sendiri.
saya minta maaf. dan saya memberi maaf. insyaAllah saya ikhlas.
tapi untuk berbaik baik, rasanya tidak lah. paling paling pun bukan lah sekarang.
tak perlu fikir sangat tentang apa yang dah jadi. friends come and go.
saya doakan yang baik-baik untuk awak.
satu nasihat saya.
kita sama-sama cari rezeki. sama sama mencari sesuap nasi.
usahlah dirosakkan ia.
jangan sampai kita semua dikenakan tindakan displin, digantung kerja, dibuang kerja.
kita sama-sama tidak mahu bukan?
menyerang orang di pejabat adalah satu sifat yang sangat kebudak-budakan.
jagalah maruah kita sebagai seorang wanita, isteri dan ibu.
usah terlalu diikut perasaan marah.
tindakan kita dan kawan-kawan kita mencerminkan siapa diri kita sebenarnya.
macam yang dah banyak kali saya nyatakan dulu.
saya tetap maafkan semua orang yang pernah menyakiti saya.
sampai bila bila pun saya akan maafkan.
sebab saya taknak bersoal jawab depan Allah SWT bila ditanya kenapa saya tak mahu memaafkan si polan dan si polan.
usah diganggu hidup saya lagi, saya mohon……

    8 thoughts on “Berselindung Di Sebalik Tudung?

    1. suriaamanda

      Salam Mya,
      along menghadapi situasi yang sama, dh lama maafkan tp si dia masih mcm tu..terang2 salah dia…tp she take it so hard..x per la..dah dia amik pendekatan utk terus masam muka..boikot me..along x leh nak buat apa…hari2 akan dtg along tetap berurusan dengan dia juga

    2. TiNiE

      ada org pertikaikan tudung kau ke pon?
      sabo jerlah. takper as long as niat kita hanya kerana Allah swt sudah memadai.

      happy 3rd anniversary, yaw!