Ayin Bertandang Lagi

ingat lagi tak korang dengan ayin?
ala ayin jiran sebelah saya tu. baru setahun umurnya.
ada sehari tu dia ketuk ketul lagi door grill rumah saya.
memang itu hobi dia sebab dia geram tengok heels saya yang bergentayangan kat door grill tu.
encik z bukak lah pintu walhal masa tu kitorang memang nak keluar pun.
nak hantar persona adil.
tapi sebab ayin pun cam selamba je masuk rumah, kitorang lepak dulu lah melayan ia.
umur setahun, jalan tak kuat lagi.
kena bertatih tatih.
pastu bawak masuk dia dalam bilik.
on air cond, campak semua toys.
bukak ipad. dok la golek golek dia kat situ.
takde bunyi takde hapa.
saya dah kenalkan ayin dengan kakak-kakak angkat ia.
lagi lah dia suka kan ada budak-budak.
memang melepak je lah.
dulu dia macam takut dengan encik z, sekarang tidak lagi.
dah boleh jadi apak angkat nih.
harap harap lama la ayin duduk sebelah rumah saya ni ha.
nak tunggu sampai dia besar besar sok, boleh la ajak dia gi teman saya malam-malam hari kalau encik z takde kat rumah huhuhu…

6 thoughts on “Ayin Bertandang Lagi

  1. tunggu la #AN boleh jalan sok…habislah ‘dikemasnya’ kasut2 mommy yg bersidaian kat door grill..especially high heels pink tu..muahahaha!

Comments are closed.