12.12.12

mesti ramai berlumba lumba nak nikah pada 12.12.12 kan?
sebab date cantik. dan senang ingat.
kira kalau anniversary kalau lupa jugak memang pasangan boleh naik hantu la.
cumanya sebab 12.12.12 tu jatuh hari rabu kan, so yang berani saja la boleh buat akad nikah date tu.
dan antaranya ialah haizad & dayah.
haizad ni cousin saya.
anak kepada uncle azhar, adik kepada arwah abah.
walaupun arwah abah dah hampir 20 tahun tinggalkan kami sekeluarga, tapi hubungan mama dengan ipar biras masih baik, alhamdulillah.
kira kalau ada apa-apa event keluarga, mama memang tak pernah di lupakan la gitu.
auntie rozie, wife uncle azhar plak dulu masa kitorang kecik kecik selalu dimanjakan.
kalau diorang pi bercuti ke oversea tak pernah tak beli apa-apa kat kami adik beradik.
pendek kata memang dorang semua baik baik ah.
majlis pernikahan diadakan kat dewan perdana felda.
first time kot saya datang sini. sedepa je dari rumah saya ni ha.
eh kebetulan saya memang cuti date 12.12.12 ni, kaklong pun off, adil pun cuti.
so sekalian ramai-ramai pergi.
tema putih. so berputih putih la kami di hari kejadian.

: : the hantarans : :

: : duit mas kahwin yang digubah jadi bunga. cantik : :
siap sedia semua, majlis akad nikah pun dimulakan.
tok kadi ni sampoi dan kelakar. takde pun dia tanya pelik pelik ke apa.
dok gelak gelak je.
selamatlah awak haizad.
sah dengan sekali lafaz.
heyyy tau la awak tu artis rock, tapi motippp sangat tau berpeace! sabar je lah.
lebih kurang pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12, haizad & dayah sah bergelar suami isteri.
alhamdulillah…
adil & haizad sebaya.
seronoklah kan ada cousin yang sebaya dan sejantina.
membesar sama-sama.
cuma adil laku setahun awal la dari haizad.
walaupun adil nikah pun umur dah 29 tahun.
menikmati zaman bujang sepuasnya betul mereka mereka ini.

: : baru lepas lunch ini : :
siapa kenal mamat belah kanan ni?
saya pun memula tak tau. eh saya tau muka dia, tapi nama taktau.
ok sekarang dah tau. azlan komeng namanya.
selalu melakonkan watak watak gangster dan samseng di dalam filem dan drama.
yang ni korang familiar kot?
intan suraya, pengacara tv3 tu.

: : relatives : :
saya berkenan dengan baju peplum dayang dayang si dayah ni ha.
cantik. rasa macam nak buat satu lah tahun depan.
agak-agak in lagi tak fesyen peplum ni tahun depan?

: : menantu baru dalam keluarga : :

: : sepupu sepapat : :

: : kami without abang long. abang long sokmo takde tau : :

: : our lovely uncle azhar & auntie rozie : :

: : cousins : :

: : newly wed : :

: : dah dah  jom balik anak-anak : :
haizad & dayah, selamat pengantin baru!
semoga kekal hingga ke syurga, insya Allah 🙂

One thought on “12.12.12

Comments are closed.