Syabbas & TQ KakTin!

ini bila punya cerita ntah saya pun tak ingat dah.
tapi ada la di satu hari kerja.
saya time off pagi santak ke lunch time.
ada appointment dengan doktor kat hospital tawakal.
ngam-ngam habis kaktin pungut saya dengan wira turbo nya.
tidak ketinggalan payiet bersama.
kami berjemaah amik half day petang sebab nak pegi makan sushi.
mampu nak pegi makan sushi pun berhalf day bagai?
sempena?
sempena kaktin nak belanja.
bagi yang taktau, ni nak bagitau.
kaktin dah naik pangkat.
bagi yang dah tau, buat buat taktau la eh.
so kaktin open table lah ni kekiranya.
saya dengan payiet hentak hentak kaki kata nak makan sushi.
jadi sebagai kakak tiri yang baik hati lagi berbudi pekerti, kaktin pun bawaklah kami ke sana.
sushi di ikano sinun.

: : kaktin minum teh jepun, yiet ice lemon tea. saya minum ice blackcurrent lemon yang berharga RM3.90 : :

: : saya makan yakiniku bento. RM17.90 : :

: : kaktin makan mixed bento RM13.90 : :

: : yiet makan peri peri chicken RM16.90 : :

: : aiskrim vanilla & aiskrim wasabi. harga tak ingat huhu : :
kitorang ada order soft crab tau tapi sampai ke sudah tak sampai.
masa nak bayar baru teringat.
boleh semua pun lupa. melepas tsktsktsksk.
tengah tengah makan tu tetiba saya terpandang kat luar, macam ku kenal.
ooo rupanya artis terima kaseyyyyyy tu.
david arumugam alleycats.
saya suruh la kaktin keluar tegur bergambar.
tapi kaktin tokseyy.
so bergambar je lah dari dalam ceni.
eh ok jugak kan. kreatif juga kepala otak saya ini hewhew.
lepas tu pusing pusing lah dalam ikano, ikea dengan the curve.
masuk kedai daiso yang everything RM5 tu.
saya beli 2 bakul kecil warna pink dengan biru muda.
comel pliss.
nak letak barang barang mekap semua dalam tu.
teringat dulu waktu kat poli dengan waktu duduk rumah sewa, setiap sorang wajib ada bakul camni.
letak syampoo, ubat gigi, pencuci muka semua.
kalau tinggal dalam bilik air, hmmm lu pk la sendiri kan..
saya beli jugak stokin berbulu warna pink yang comel pliss jugak.
konon nak pakai kat nepal nanti.
tapi itu lah dia, kita cuma merancang, Allah jua yang menentukan.
trip ke nepal terpaksa di kensel sebab tak cukup orang.
sedih oooo huhuhukss..
lalu untuk cover kesedihan, saya dah pun divert percutian saya ke tempat lain januari nanti.
tiket dah pun dibeli. uuuuu tak sabar!
selepas penat kaki melangkah, kami melabuhkan perjalanan di chatime.
yiet la ni ajak minum chatime.
kemain famous nama seantero kuala lumpur kan katanya.
pilih punya pilih saya ambil perisa mango.
heyyy tak sedap pun!
macam air mango sunquick bancuh tu je!
air kaktin rasa ubat. air yiet rasa nescafe mamak.
sadisssss…

: : wajah gembira sebelum minum, lepas minum terus menaga. heh : :
ini bukan kamera mainan eh.
mau pun kamera ding dang.
ini kamera kaktin punya.
kaktin beli perfume CK.
dapat hadiah kamera kecik ni.
mula mula kami meragui jua akan kehandalan kamera kecik ni.
dah la takde skrin nak tengok.
memang kena snap macam kamera dulu dulu pakai filem tu.
tapi yang ni takde filem.
kena cucuk guna usb kat pc.
lalu kami pun snap lah secara membabi buta saja.
nak tengok hasilnya? sat.

: : berehat sebentar : :
inilah hasil gambar dariย  kamera ding dang kaktin.
eh kamera CK.
besar godang aku letak gambar kau yiet.
tapi kau tak marah kan? artis ke nak marah?
beto kusyairy pun tak marah aku letak gambar dia besar godang kat blog aku.
kau nak marah? so pls.
tapi yang kelakarnya orang lain plak concern bebenau saya letak gambar besar besar ni.
heyy saya tak tiru awak lah.
awak yang tiru saya #eh
ok kaktin, terima kasih sebab open table.
tahniah di atas kenaikan pangkatmu.
semoga terus bertugasan dengan cemerlang gemilang dan terbilang.
encik z pun dah disahkan dalam jawatan so-called-pegawai dia tu.
nanti nak mintak dia belanja jugak lah.
walaupun hari hari pun dia belanja kan.
ok dah tu je. dah tu je konon.
walhal panjang melebar ke laut entry kau normaya.
at least saya update jugak apa.
nak harap kaktin & payiet. memang tak boleh harap.
ok bai!

5 thoughts on “Syabbas & TQ KakTin!

  1. tahniah kak tin ๐Ÿ™‚
    ooo xsedap ek chatime tu
    x pernah try..tp sume pn gembar gembur sedap kemain
    cool blog bg aku da abis sedap da..pastu murah plak tu

  2. sedap la chatime tu kak. next time try roasted milk tea with gras jelly *tp akk de migrain takleh minum teh? ๐Ÿ™‚

Comments are closed.