Salam AidilAdha ^__^

nothing much on hari raya aidiladha this year.
sama je macam yang lepas-lepas.
kebetulan aidiladha tahun ni jatuh pada hari jumaat kan, so tu yang decide balik taiping.
kalau tengah-tengah minggu, raya kat KL je kot.

: : encik z makan lepas balik dari solat raya : :

: : lemang, rendang daging, rendang ayam, nasi himpit, sayur lodeh, kuah kacang : :

: : si penggemar lemang : :

: : budak yang asyik mengadap ipad : :
dah makan kenyang-kenyang semua, tiba lah masa untuk bersalam salaman dan bermaaf maafan.
heyy walaupun aidiladha, molek je kalau bermaaf-maafan.
kalau bukan aidilfitri, mahupun aidiladha pun digalakkan juga bermaafan.
takkan semua nak tunggu raya je kan.

: : ampun bang : :

: : opah &  cucu-cucu : :

: : ayah dan anak-anak : :

: : mommy & anak-anak : :
caca beraya dengan kitorang sebab kaklong fly. malam raya tu baru balik taiping.
caca dah sebulan kot duduk kat taiping.
suka lah dia takpayah pergi nursery.
lepas bersalaman, kita bergambar-gambaran.
baju saya & yaya tu kainnya beli kat bandung hari tu.
tudung saya dari bawal aidijuma.
encik z recycle baju melayu masa majlis kahwin kat segambut 3 tahun lepas.
caca : opah, betul ke mommy cerita yang dulu Allah suruh Nabi Ibrahim tu kena sembelih anak dia Nabi Ismail?
opah : betul.
yaya : sebab tu kita sambut hari raya korban ni kan opah?
kita sembelih lembu, kambing, kerbau.
sebab Allah suruh kita ingat peristiwa nabi ibrahim & nabi ismail ni kan?
opah : aah betul. caca, kalau Allah suruh opah sembelih caca, boleh?
caca : alaaa… jangan la sembelih caca. caca kecik lagi. sembelih la kakak yaya..
saya : LOL!
selamat hari raya aidiladha untuk semua.
semoga pengorbanan yang kita lakukan untuk diri kita dan insan tersayang mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT, insyaAllah.
🙂

3 thoughts on “Salam AidilAdha ^__^

Comments are closed.