Putus sahabat?! Siapa tak sayang sahabatnya? Oh, bilang sama aku!!!

Pengaruh sahabat dan teman sangat mendalam terhadap manusia. Kata si penyair;
“Elakkan dari bersahabatkan si hina, kelak pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat”
 Sahabat handai terbahagi kepada 2 jenis; ada yang menarik kamu ke syurga dan ada yang menarik kamu ke neraka.
 Bila kamu fikir kamu telah punya ‘teman akrab’, cuba fahami Firman Allah s.w.t:
“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:’Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia.” 
(Surah Al Furqan:Ayat 27-29).
Beginilah kita dapati setiap teman akrab di dunia menjadi musuh di akhirat. Mereka menyalahkan serta mengutuk antara satu sama lain. mereka berkata pada temannya; “kamulah yang telah menyesatkan aku”…
 Firman Allah s.w.t lagi:
“Teman-teman akrab pada hari itu, sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa”
(Surah Az-Zukhruf: Ayat 67)
Bertolak dari sini, sebahagian  ulama mengingatkan agar menukar kawan. pesan mereka; “Penyesalan itu adalah dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan jasad dan menjauhi diri dari teman yang jahat”.
dan ingatan dari Al-Qurasyi; beliau menasihati orang yang bertaubat agar memulakannya dengan menjauhi diri dari teman-teman yang jahat kerana merekalah yang mendorongnya agar membatalkan keinginannya untuk bertaubat serta meraguinya tentang kesahihan azamnya untuk melakukan ketaatan.
#diinspirasikan dari buku Astaghfirullah… (Prof Dr. Yusof Al-Qaradwi)
Jadinya, jangan kamu dera hatimu hanya kerana ejekan teman-teman (kononnya) bila kamu memilih untuk berhijrah… siapa yang tak sayang sahabat kan? oh, bilang sama aku! jika ada, pastinya dia kekurangan susu ibu hingga kurang rasa kasih dan sayang terhadap sesama manusia (erk?)… tapi jika benar sahabat yang baik, pastinya dia tidak akan menghalangmu untuk jadi lebih baik apatah lagi mengutuk dan mengeji kamu! jika kamu patah semangat untuk berubah/berhijrah hanya kerana sahabat jenis ini; jangan rasa ralat untuk say bye2! bercerai kasih bercerai sayang untuk mencari kasih dan sayang yang tak mungkin kamu akan terluka!!!
Sahabat…
andai bertemu, sapalah aku…
andai tersilap, bimbinglah aku…
andai berduka, khabarkan padaku…
andai berpisah, kenanglah aku dalam doamu…
andai Khaliq menjemput, ziarahilah dan sedekah ayat2 suci untukku…
 
**tears on my pipi gebu**

One thought on “Putus sahabat?! Siapa tak sayang sahabatnya? Oh, bilang sama aku!!!

Comments are closed.