Oh Vijay!

kalau siapa pembaca tegar blog saya ni mungkin tau kot saya ni peminat filem filem tamil.
apa filem pun saya tak kisah eh tapi filem-filem baru la.
filem filem lama tahun 80an 90an tu idak lah saya minat.
sebarang filem tamil yang tayang kat astro vaanavil tu saya layan.
tak kisah pun siapa hero heroinnya.
asalkan cerita tu ada subtitle, ya saya zasss.
encik z pun layan sama dengan saya.
tapi saya tak pasti sama ada sebelum kahwin dia memang minat filem tamil ni atau lepas kahwin dengan saya baru minat.
tapi dalam ramai ramai hero tamil, yang paling paling paling saya minat ialah vijay.
kalau bukak tv je ada cerita dia berlakon memang terjerit jerit lah.
encik z pun dah tau kalau nampak je mesti ‘normaya.. ni ha vijay awak berlakon ni’
suami siapa la yang supportive ini.
dah kata minat kan, jadi harus lah follow kat twitter.
walaupun kemungkinan besar dia tweet dalam bahasa tamil.
tapi apa saya kisah. janji follow.
tapi tu lah, dia cam jarang bebenau kot tweet.
ada sekali dua gitu je rasanya.
tengok tengok kan… masa deepavali hari tu, ada tweet dia naik.
2 patah perkataan je pun.
happy deepawali.
tapi tweet tu pun dah buat saya sengih sengih.
saya pun reply lah happy deepawali jugak kat dia.
dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan.
yer la, artis malaysia pun tak ramai reply tweet, inikan pula artis antarabangsa.
tetiba kak illa pulak sibuk nyelit tweet.
kata i love u too vijay. bengong tau kak illa ni.
pastu pastu pastu.
vijay reply tweet saya.
walaupun cuma 3 perkataan, buat saya cam wah!! vijay reply tweet dakuuuu.
kelam kabut la tunjuk kat encik z.
‘betul ke vijay awak tu? ntah ntah vijay lain?’
euwww.. dengki lettew.
handsome kan vijay?
someone pernah perli saya dulu, sebab suka tengok cerita keling la cakap pun berbelit belit macam keling.
saya senyummmmmmmmmmmmm je lah 🙂 🙂

10 thoughts on “Oh Vijay!

  1. Cakap berbelit2 mcm keling? Ehh cino pun cakap bolit2 gak! Kelinggggg jugak yg kena. Tak baik tau sape cakap tu..

Comments are closed.