Blog Maya Dot Com

Ms. Kebaya Slimworld 2012

2 november 2012.  kakred ajak saya join event ms kebaya slimworld 2012 kat  hotel crowne plaza mutiara.
saya macam biasa lah, kalau takde aral memang on je.
terus jumpa kakred di tempat kejadian sana.
petang tu hujan, jalan sesak hebat.

: : ada lucky draw : :
saya sampai awal. tunggu kakred dulu.
pastu terus je masuk dalam cari seat.
doorgift dapat ni ha.
skin culture whitening collagen eye mask, revitalize toner, fiber dtox, collage marissa.
dapat voucher gak. tapi voucher tu saya dah bagi kat julie.
alhamdulillah jadi blogger ni murah rezeki saya.
ada je orang ajak gi sana sini, saya pun dapat itu ini 🙂
takyah sesusah nak masuk contest bagai
gambar yang ada watermark semua kredit pada Lawa Photography.
dan of coz pada mak merah juga.
nampak mulus plak kulit saya dalam gambar eh.
walhal kalau tengok live, mimpi ngeri kome dibuatnya.

: : 8 orang peserta ms kebaya slimworld 2012 : :
peserta ni semua yang enroll dalam program pelangsingan slimworld.
ada yang turun 5 kg, ada  yang turun 10 kg. ada jugak yang turun hampir 12 kg.
hebat sungguh. semua pun slim menyelim.
majlis dimulakan dengan persembahan dari kumpulan hmmm.. tak ingat la plak nama kumpulan ni.
tapi masa diorang perform lagu oppa gangnam style, saya suka angat!
nah korang tengok youtube ni.
oppa gangnam style malaysia mari.
ada yang datang dari sabah & sarawak jugak tau.
dalam ramai ramai yang baju coklat gold tu je bujang.
yang lain tu semua bini orang mak orang.
juri untuk competition ni of coz la duta slimworld.
lisda, erra fazira & ziana zain.
saya siap unlock la twitter saya malam tu konon nak tweet lisda.
tapi leka sangat last last 1 tweet je pun.
eh twitter saya tu saya dah unlock yer.
feel free to follow.  tweet tanpa memfollow saya tidak akan dilayan. terima kasih.
tapi kalau nak stalk, sila kan. tapi jangan pula nak menyentap tak tentu pasal.
pastu salah faham. pastu buruk sangka. pastu menyampai nyampai.
pastu mengadu domba.
kalau tak betul apa yang awak sampaikan tu, jatuh kategori fitnah tau nggak?
bertaubat lah yer sebelum terlambat.
eh eh dah lama saya tak membebel ke laut macam ni kan. ok drop it.
yang paling saya suka antara mereka bertiga ialah lisda.
tapi tidaklah bermakna saya membenci erra & ziana zain.
tak suka tak bermakna benci.
i don’t hate. i just don’t like. faham?
kenapa? jangan tanya.
dan pemenangnya adalah…….
mereka-mereka ini. nama tak tahu huhu.

: : yang merah tu miss kebaya slimworld 2012. tahniah ya : :
saya menang lucky draw!
envelope dilekat je bawah kerusi.
rezeki lagi kan. syukur syukur.

: : free Bio IST package worth RM688 for 15 sessions + 15 sessions. wow! : :
dapat bergambar dengan lisda! tq kakred tolong snapkan.
yang sebenarnya kan, lisda ni kan… dia senior saya masa saya sekolah kat SMBBS dulu.
saya form 1, dia form 2. saya form 2, dia form 3.
masa kat sekolah dulu dia low  profile je. buat hal sendiri je.
so bila jadi artis takde la orang nak korek korek cerita lama kan.
zaman sekarang asal jadi artis je mesti macam-macam je kisah silam yang keluar.
tapi kalau artis ok la kisah silam bagai ni.
setakat blogger suam suam kuku ada orang kisah ke pun? so pls.
maya! kau tak delete ke gambar semua dalam memory card ni?
errrrr…. errrrr….
kau ni kan!!! tengok dah memory full dah!
huhuhuhu….
untuk pakej pelangsingan dari slimworld, boleh layari http://www.slimworldgroup.com.my