Makan Makan Orang Kaya Hahahahahahah (Ketawa Sambil Bayar Bil)

hari jumaat lepas lepas bersamaan hari gaji kaktin ajak lunch kat the curve.
mementang hari gaji kan, terus mau feel feel orang kaya.
eh kak linda pun ada memeriahkan suasana.
saya sebagai gurisan mengikut sahaja.
budak2 DSK poli mesti familiar je gurisan mengikut sahaja ni.
subjek trengkas yang dah tak gunapakai pun sekarang.
ke korang pakai?

: : kami sehati sejiwa minum mango sparkler RM12.90 : :

: : saya dan kaktin makan bbq burger RM24.90 : :

: : kaktin up shrimp’s heaven RM45.90 : :
shrimp’s heaven ni saya pernah makan masa first time try bubba gump di sunway pyramid dulu.
eh dengan kaktin jugak lah.
tq kaktin kerana memperkenalkan bubba gump ini kepada diriku.

: : kak linda makan southern fried chicken RM27.90 : :

: : kak linda up dengan onion rings RM22.90 : :

: : hah apa lagi hakak hakak. makan lerr : :
kaklinda ni senior poli saya jugak.
satu batch dengan kaktinlah.
tapi masa kat poli dulu cam taktau je nama kak linda.
sebab lebih dikenali dengan nama kak speaker.
kenapa speaker? barangkali suara kaklinda yang kuat seperti speaker?
ampun kaklinda :-p
memasing nafsu je kan nak makan banyak.
sudahnya saya langsung tak habis.
makan seketul shrimp. makan seketul onion rings.
pastu habiskan fries. terus kenyang.
apa lagi, tapau je lah.
tunggu hari gaji bulan depan.
kita feel feel orang kaya lagi.

5 thoughts on “Makan Makan Orang Kaya Hahahahahahah (Ketawa Sambil Bayar Bil)

  1. time ada duit lebih kita feeling2 la org kaya jap
    bila dah kureng pendapatan..duk diam2 udah

  2. jauh bona akk pegi lunch sampai sane. ke dekat je ngan opis? hehe.
    lagi 1, sedap ke? almaklumlah, jarang nak dpt feel feel org kaya ni ;p

Comments are closed.