Lembu tu tunggu kita kat syurga :)

lepas bersalaman bergambaran bagai, kami pun gerak ke rumah maklong kat gunung semanggol.
memang ini je lah rutinnya kan.
kalau dulu singgah la rumah tok dulu.
ni tok pun dah takde. dah takde sapa lah.
so ke rumah maklong terus.
kalau maklong pun takde lepas ni, hmmm.. taktau lah.
bertambah sunyi la raya gamaknya.

: : driver kesayangan : :

: : apa punya fesyen anak saya tidur tu. sampai opah nya kena tahan kepala : :
sampai rumah maklong.
dua-dua pun ceria.

: : sopan santunnya makan : :

: : mestilah. tengok lah siapa emak nya hehe : :

: : ipad ipad ipad. pfffttt : :
boring melepak dalam rumah, kitorang 3 beranak lepak kat luar.
main gelongsor.
depa berdua la main gelongsor.
saya main gelongsor kalu, mau runtuh gelongsor tu.
pastu layan depa menari lagu doraemon. peluh peluh tapi kelakar la.
gelak gelak je.
saya ada rakam tapi tak berapa umpphh step depa.
nanti la bila dah perfect, saya rakam saya letak sini eh.

: : arsyad yang comel dan behave. diammmm je tak nangis tak apa : :
lebih kurang pukul 3 petang camtu siap siap nak balik.
tengok macam ramai orang kat luar.
oh nak buat sembelih lembu ni.
so tunggu la sebab saja nak tengok.
macam lama je tak tengok orang buat qurban nih.

: : yaya bersama kerbau dan lembu yang akan diqurbankan : :

: : memula tengok dari jauh : :

: : tak nampak! lalu rapat rapat sikit : :

: : encik z kata kerbau ni takut sampai terberak. jahat tau : :

: : macam ni pun boleh lena haaa? caca caca : :
yaya : mommy, kesian la kat lembu tu
mommy : tak boleh kesian sayang. kalau kesian nanti macam mana kita nak makan daging ia?
yaya : ok lah tak kesian
mommy : nanti lembu tu masuk syurga tau
yaya : yeke? boleh lah yaya jumpa dia kat syurga
mommy : boleh sayang
yaya : tapi kan mommy, macam mana nak tau lembu ni yang mana satu?
mesti banyak lembu kat syurga kan?
mommy : takpe, nanti kita tanya kat Allah. Allah tunjuk kan kita
yaya : ooooo
🙂

9 thoughts on “Lembu tu tunggu kita kat syurga :)

  1. anak2 bercakap ikut apa yang terlintas dalam otak dia..kita yang dewasa ni pasti terkial2 nak jawab apa yang di tanya..syukur kalau dapat jawab..x dpt kalu..pening kepala…

  2. gambar kerbau ter***** pun ambik juga ya hehehe.
    yang tukang ambik satu la, yang tukang upload pun sama juga hahahahaa…
    kesian kat kerbau tu…
    opppsss tak boleh kesian kan hehehe…

  3. huhuhu… budak memang suka tanya.. dan sebagai ibubapa kena pandai nak jawab balik… dan kadang jawapan tu kena logik dan diterima oleh akal budak2!! Syabas Maya!! Suka cara Maya tackle anak2.

Comments are closed.