gerak ke raub sehari sebelum majlis sambut menantu.
tapi sampai je kat bentong saya cakap dengan encik z nak try aiskrim yang sedap kat pekan bentong nun.
saya tau pasal kedai ni dari apau.
so pegi lah.
tak sempat saya nak tanya apa yang special terus uncle ni cakap u ambik abc aiskrim la. paling sedap lorr.
untuk tidak mengecewakan uncle ini saya pun menganggukkan kepala laju-laju.
pastu amik sescoop aiskrim saja.
ok sedapppppp baitu.
aiskrim tu sebenarnya vanilla, tapi ada rasa kelapa sikit.
ala-ala klebang coconut shake. cewahh.
tapi serius adalah sedap.

: : yang belah kanan tu coklat, encik z punya : :
tapi kalau yang coklat kurang ngam ho.
korang kalau pegi amik vanilla k.
harga plak aiskrim yang satu scoop tu 80 sen.
yang dengan ABC RM1.80. murah gila plisss..

: : ni menu-menu lain : :

: : tempat bekerja uncle : :
uncle ni sorang je ia kat sini.
dia la amik order, buat abc dan cashier.
takde la tua sangat kot dia. dalam pertengahan 50an rasanya.
katanya kedai ni turun temurun.
dari datuk ia, ayah ia dan turun kepada ia.
tapi dia takde anak lelaki, so tak dapat nak turunkan.
menantu pun takde ke uncle?
menantu tak boleh percaya lorr.
tu bukan uncle yang cakap, tu saya yang cakap. heh.

: : dap dap kata yaya : :
lokasi?
memang bebetul kat pekan bentong lah.
kat jalan menghala balik ke KL.
bersebelahan bank UOB ni.
takkan ada 3,4 UOB lak kat bentong kan.
mesti korang jumpa punya lah.
usai makan aiskrim baru adil & yana sampai.
tapi mereka nggak mahu makan aiskrim.
mereka lapar nasi.
so mencarilah nasi pula kami.
gi makan kat medan selera kampung baru.
kampung baru tu rumah buddy saya, faraheeda.
tapi masih tak berkesempatan nak berjumpa.
miss u buddy! lotss loadss lottt…
makan di gerai nasi campur ikan patin.
ada kulat masak lemak my favourite ever.
dulu mama selalu masak. tapi la ni macam dah tak, sebab susah nak cari kulat katanya.
apa lagi saya melepas geram la makan.
pastu saya ambik ikan tongkol masak asam juga.
ada ulam ulaman. ada sambal belacan memacam jenis.
sedap. dan kenyang. :)
masa ni hujan turun lebat selebatnya.
tapi oleh sebab saya bukan dalam tempoh bercuti, sokayyy je hujan.
cer kalau tengah bercuti tambah lak ke oversea, mesti cam tension je jikalau hujan.

    5 Thoughts on “Kedai Ais Krim Yang Sedap di Bentong

    1. kulat? kat NS dipanggil cendawan kukur…mmg payah nak cari sekarang..kena hati2 takut beracun..

    2. Kat kg KakNaja nama kulat tu cendawan sisir. Sedappp.. nak bersih kan kulat tu berejam.. nak telan sekejap aje. Byk tumbuh kat batang2 getah terbalik.. aduhhh lapar plak !

    3. iskhhh tgk ABC tu ngancam jek
      aku suke ABC simple gini
      tak suke yg meriah2 ade bahan terhape tu

    4. murahnya…boleh makan bermangkuk-mangkuk

    5. sempoi gila kedai eskremnya, nowdays org pusu pusu pi baskin. Sudah terlupa dengan kedai kedai tradisional kayak gini. Tradisional katanya

    Post Navigation