Baby Shower Untuk Rose & Yan

ini kisah yang sama di hari kejadian saya diinterview oleh astro awani hari tu.
sebenarnya di hari kejadian adalah majlis baby shower surprise untuk yan & rose.
dema berdua tengah pregnant dan dijangka bersalin dekat dekat je nanti.
so kak red & kak liza arrange la majlis ni secara senyap senyap dan saya diajak bersama memeriahkan majlis.
kejadian bertempat di full house cafe jalan yap kwan seng.
tema merah.
saya sampai sampai terus lepak dengan kakred, mulan, kakliza & sid.
sementara menunggu orang yang nak disurprise.
gambar semua ehsan dari blog kak red.
kamera saya kan kononnya rosak, walhal bateri kong.
nak pakai bb macam kemalasan.
so inilah dia, pinjam gambar yer kak red.
: : surpise untuk rose! : :

: : yan punya lah surprise sampai nangis nangis hehe : :
makanan sedap. saya makan fish.
pastu segala kudap kudapan.
air soya, cupcakes, kekacang eh memang mengenyanglah malam tu makan sesaja.

: : yang diraikan : :
rose & yan, selamat melahirkan ya.
kak red, agak-agak kalau saya pregnant nanti, akak buat tak surprise gini?
lalalalala… (H)

2 thoughts on “Baby Shower Untuk Rose & Yan

Comments are closed.